Banyak tip di internet, netizen kongsi petua ibu dipegang sampai hari ini... Masakan jadi lebih enak
SETIAP keluarga pasti mempunyai petua masakan turun-temurun yang diwarisi daripada ibu dan nenek atau ahli keluarga lain yang lebih tua.
Walaupun zaman semakin moden dan pelbagai tip memasak mudah diperoleh di internet, ramai yang masih berpegang kepada petua lama kerana percaya hasil masakan lebih sedap dan 'menjadi'.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang wanita bertanyakan kepada orang ramai mengenai petua masakan daripada ibu masing-masing yang masih diamalkan sehingga hari ini.
"Apa petua masakan daripada mak-mak yang masih korang pakai sampai sekarang?" soalnya.
Berkongsi pengalaman sendiri, wanita itu berkata dia masih menggunakan garam kasar ketika memasak lauk berkuah.
"Saya: Masak lauk guna garam kasar. Lauk akan jadi lebih berlemak," kongsinya.

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai petua dapur yang diamalkan sejak sekian lama dikongsikan oleh netizen.
Seorang warganet berkongsi dia juga menggunakan garam kasar ketika memasak gulai.
"Sama! Masak gulai memang akan pakai garam kasar. Selain itu yang saya ingat:
1. Jangan letak kentang satu tempat dengan bawang nanti kentang cepat tumbuh.
2. Masa basuh beras, selawat dan doa yang baik-baik.
3. Basuh ayam atau ikan dengan garam kasar.
MENARIK DIBACA: [V] Viral minuman kopi campur kari kambing! Ramai kembang tekak tapi geng 'fomo' sanggup cuba
MENARIK DIBACA: Jangan keliru, tompok putih atas kek tak semestinya kulat! Mungkin cuma minyak atau krim beku
4. Udang yang sudah siap disiang dimasukkan ke dalam bekas dan ditabur sedikit gula untuk mengekalkan rasa manis udang.
5. Kalau kuah terlebih masin, letak kentang kerana kentang akan menyerap rasa masin.
6. Kupas bawang merah yang direndam dalam air bagi mengelakkan pedih mata," kongsinya.
Seorang lagi netizen pula berkongsi petua memasak gulai yang dipelajari daripada orang tua-tua.
"Buat gulai, masak rempah sampai pecah minyak tiga kali barulah sedap," ujarnya.

Selain itu, ada juga yang mengamalkan petua membaca selawat ketika membasuh beras.
"Basuh beras baca selawat dan buat arah lawan jam," tulis seorang warganet.
Dalam pada itu, seorang netizen berkongsi pesanan ibunya mengenai tanda masakan yang 'menjadi' (sedap).
"Mak saya cakap kalau kita masak mesti ada bau. Maksudnya makanan itu sedap. Kalau tak berbau, tak sedap.
"Contohnya, kalau masak sup tulang dan ada bau sup tulang maksudnya masakan kita menjadi," katanya.
Seorang lagi pengguna turut berkongsi petua yang masih dipegang sehingga kini.
"Nak masak lauk yang berkuah guna garam kasar manakala masak lauk kering atau sambal guna garam halus. Begitulah pesan mak saya," katanya.