info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Jangan keliru, tompok putih atas kek tak semestinya kulat! Mungkin cuma minyak atau krim beku

Lead Image

SEORANG wanita mencuri perhatian warga maya selepas meluahkan kebimbangan mengenai kek coklat dibeli mempunyai tompokan putih.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita yang dikenali sebagai Shaaarenaa itu meminta pandangan netizen selepas menyedari kewujudan tompok putih tersebut.

Dia berasa bimbang dan ragu-ragu untuk makan kerana khuatir kek berkenaan sudah berkulat.

"Weh yang putih tu apa? Takutlah ada yang tahu tak?" tulisnya.

Bagaimanapun, selepas menerima pelbagai pandangan daripada warga maya, wanita itu berasa lega apabila dimaklumkan bahawa tompokan putih itu sebenarnya hanyalah minyak yang mengeras atau membeku.

Minyak atau lemak yang membeku akan kembali cair setelah mengalami perubahan suhu. - Shaaarenaa

Ia terhasil apabila lemak membeku apabila kek disimpan dalam peti sejuk dan mengalami perubahan suhu.

"Okay dah cair dah, minyak je hehe. Terima kasih semua," katanya tidak lama kemudian.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menjelaskan bahawa keadaan tersebut biasanya berlaku pada coklat ganache (campuran coklat dan krim panas)  yang disimpan di dalam peti sejuk sebelum dikeluarkan semula.

"Rasanya minyak tu. Selalunya peniaga akan masukkan minyak, susu cair, susu pekat atau ‘whipping cream’ ke dalam bancuhan coklat untuk jadikan coklat ganache.

“Kalau coklat ganache itu nampak ekstra berkilat atau bersinar biasanya guna minyak. Kalau saya suka guna ‘whipping cream’ atau susu cair. Coklat ganache akan jadi lebih berkrim," kata seorang netizen.

Seorang lagi warganet turut menjelaskan bahawa tompokan putih berkenaan berkemungkinan besar merupakan ‘cocoa butter’ yang digunakan dalam penyediaan coklat.

Antara komen di Threads.

"Ini ‘cocoa butter’ digunakan untuk mencairkan coklat. Tapi kalau dimasukkan ke dalam peti ais memang akan jadi macam ni.

“Yang putih tu ‘cocoa butter’, dulu mak saya berniaga ‘pancake’ kalau nak buat coklat jadi cair dan tidak berketul memang kena tambah ‘cocoa butter’," ujarnya.

Beberapa netizen lain turut menegaskan bahawa tompokan tersebut tidak menyerupai kulat seperti yang dibimbangi malah menjelaskan bahawa ia berkemungkinan besar merupakan minyak atau lemak yang membeku akibat perubahan suhu.

"Ni minyak beku, kalau kulat lain.

"Sebelum post ni, ada tak DM (mesej) ‘seller’? Sebab saya pernah dalam situasi sama. Benda pertama yang saya buat adalah tanya ‘seller’ dan dia akan jawab.

"Basically tu adalah minyak atau lemak yang terzahir jika dah cair kemudian disejukkan semula," komen netizen lain.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

'Triple coconut latte' satukan kopi premium bersama keenakan rasa lemak kelapa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Sos cili punca kawan 'minah salih' merajuk! Wanita tak sangka cara orang Malaysia makan dianggap 'biadab'

Terhangat