Sos cili punca kawan 'minah salih' merajuk! Wanita tak sangka cara orang Malaysia makan dianggap 'biadab'
BAGI rakyat Malaysia, menikmati makanan bersama sos cili, kicap atau pelbagai jenis pencicah lain sudah menjadi kebiasaan.
Bagaimanapun tabiat yang dianggap normal di negara ini rupanya boleh disalah tafsir dalam masyarakat atau budaya negara lain.
Seorang wanita berkongsi pengalaman yang menjadi pengajaran buat dirinya ketika menikmati hidangan yang dimasak oleh seorang rakan dari Eropah.
Menurut wanita berkenaan, ketika itu rakannya menyediakan makanan tradisional dari negara asalnya, dipercayai Republik Czech yang menyerupai lempeng kentang atau potato pancake.

“Pernah my European friend masakkan makanan from his country. Something macam potato pancake.
“As a Malaysian, semua benda nak cecah sos kan, dah rupa pancake tu macam cucur, memang selera la nak makan, sedap pula tu,” kongsinya di Threads.
Tanpa berfikir panjang, dia menikmati hidangan tersebut iaitu 'bramborak' bersama sos cili seperti kebiasaan dilakukannya ketika makan cucur atau makanan bergoreng.
Bagaimanapun, selepas selesai menjamu selera, dia mula menyedari perubahan sikap rakannya yang kelihatan dingin dan kurang mesra.
“Dah habis makan tu tiba-tiba dia macam acting cold je and I buat tak tahu je la. Rupa-rupanya dia terasa hati.
MENARIK DIBACA: Selepas sate Kajang dan nasi ambeng, 6 lagi menu bakal diwarta Makanan Warisan Selangor
MENARIK DIBACA: Guru dipuji kreatif, gigih hasilkan 'daging' untuk simulasi korban - "Dah macam wagyu ni"
“Malam tu dia bagi karangan ha katanya it's rude for me to eat their food like that. Begitulah I learn to never dip any cultures in chilli sauce ever again,” ujarnya.
Wanita itu turut memuat naik gambar hidangan berkenaan dan tangkap layar pertanyaan nama sajian tersebut kepada rakannya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai perbezaan budaya makanan antara negara.
Ada yang mengaitkan situasi itu dengan kisah lama membabitkan seorang pelanggan Malaysia yang meminta sos cili di sebuah restoran Perancis sehingga menimbulkan kemarahan cef.
Selain itu, ada juga yang tampil menegaskan bahawa setiap masyarakat dunia mempunyai sensitiviti tersendiri yang perlu dihormati.
“Kalau culture, memang tak boleh buat apa. Sama macam kita triggered bila masterchef cakap rendang ayam kena crispy.

“Culture diaorang kena hormat, culture kita yang suka makan apa-apa cecah sos even makan nasi pun kena ada kicap, tak nak pula diaorang respect. Such a non issue sangat.
“Ye betul, saya kerja dah pelbagai cef dari luar memang tak suka Melayu ubah makanan tradisi diaorang. Sebab tu diaorang gelak bila Melayu marah pasal rendang crispy.
“Oh yes this is the culture in Europe! It’s an insult to the chef if we ask for dipping sauce,” antara komen netizen.
Perkongsian tersebut menunjukkan tentang pentingnya memahami dan menghormati budaya makanan masyarakat lain terutama ketika menikmati hidangan tradisional yang disediakan oleh individu daripada latar belakang berbeza.