KUALI | Resipi Moden

Esen vanila rahsia French toast bertambah sedap, memang tak cukup makan satu 

Lead Image

ROTI telur barangkali antara juadah paling mudah dibuat yang hanya memerlukan tiga bahan iaitu roti, telur dan sedikit garam.

Tetapi sebenarnya, hidangan ringkas ini boleh menjadi 'fancy' dengan penambahan beberapa bahan yang menjadikan roti telur ini bertambah sedap.

Lebih dikenali sebagai French toast, percayalah selepas ini anda akan membuat roti telur dengan cara ini.

MENARIK DIBACA : Resipi kek laici memang mudah... Hasilnya gebu lembut, cair dalam mulut

MENARIK DIBACA : Tak perlu terbang ke Dubai, senang betul resipi Chewy Chocolate Cookies

Bahan-bahan;

  • 8 keping roti
  • 3 biji telur saiz A
  • 40 gram gula kaster
  • 1/4 sudu makan garam
  • 250 gram susu
  • 1 sudu makan esen vanila
  • Minyak masak secukupnya

Cara membuatnya; 

  1. Pecahkan tiga biji telur bersaiz A dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan gula, garam, susu dan esen vanila ke dalam campuran telur dan pukul sehingga sebati.
  3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak agar roti yang digoreng tidak melekat.
  4. Celupkan roti ke dalam adunan tersebut dan goreng di dalam kuali sehingga masak.
  5. Letak di dalam pinggan dan taburkan gula halus untuk hiasan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Resipi honey butter biscuit senang sangat, ada cara nak dapat rasa premium 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Kena cuba resipi pasta ayam pesto basil, sedap dan mengenyangkan!

Terhangat