KUALI | Resipi Moden

Kena cuba resipi pasta ayam pesto basil, sedap dan mengenyangkan!

Lead Image

JIKA tiada 'mood' hendak menjamah nasi, pasta boleh dijadikan pengganti bagi yang mahukan hidangan ringkas tetapi mengenyangkan.

Resipi berasaskan pasta juga boleh dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah mahupun ke pejabat.

Pasta ayam pesto basil antara resipi patut dicuba kerana ia bukan sahaja mudah tetapi enak dan sihat.

MENARIK DIBACA : Pasta ubi keledek memang sedap, berlemak dan manis semula jadi

MENARIK DIBACA : Kobis gulung ayam idea menu sihat, anak-anak pun mesti suka

Bahan-bahan: 

  • 120g pasta (Penne) direbus
  • 10g minyak zaitun
  • 180g dada ayam
  • 10g garam
  • 10g lada hitam kasar
  • 8g serbuk stok ayam
  • 30g minyak masak
  • 10g mentega tanpa garam 
  • 30g sos pesto 
  • 8g keju parmesan parut

Langkah penyediaan:

  1. Perapakan ayam dengan memasukkan minyak zaitun, dada ayam, garam, lada hitam dan serbuk stok ayam. Gaul rata hingga semua bahan sebati.
  2. Panaskan kuali dengan memasukkan minyak masak dan mentega. Goreng ayam diperap dengan api sederhana sehingga masak sepenuhnya.
  3. Gaulkan ayam digoreng dengan pasta digaul bersama sos pesto.
  4. Hidang di atas pinggan dan taburkan keju parmesan. Lebih baik jika dihidangkan sejuk. 
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Esen vanila rahsia French toast bertambah sedap, memang tak cukup makan satu 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Kena cuba resipi mi segera bujang ini, tambah cili padi dan telur mata memang ngam!

Terhangat