Resipi honey butter biscuit senang sangat, ada cara nak dapat rasa premium
HONEY butter biscuit biasanya ada dijual di bakeri atau kafe kerana rasa premium serta teksturnya yang memikat.
Namun begitu, pencuci mulut ini sebenarnya boleh disediakan di rumah dengan bahan ringkas tanpa memerlukan teknik yang rumit.
Rahsianya terletak pada penggunaan buttermilk buatan sendiri dan mentega sejuk yang menjadikan tekstur biskut rangup di luar, tetapi kekal lembut di dalam.
Ditambah pula dengan sapuan mentega madu, 'glaze' yang wangi dan berkilat memberikan rasa lemak manis seimbang.
Jom kuali kongsi resipinya.

Bahan-bahan
Buttermilk
- 140 g susu full cream
- 2 sudu makan cuka
Doh
- 250 g (2 1/2 cawan) tepung gandum
4 sudu teh serbuk penarik
- 1/4 sudu teh garam
- 2 sudu makan gula
- 114 g mentega unsalted (sejuk, potong kiub)
Glaze
- 50 g mentega unsalted
- 50 g madu
MENARIK DIBACA: Resipi kek laici memang mudah... Hasilnya gebu lembut, cair dalam mulut
MENARIK DIBACA: Ini resipi kek oren paling mudah, sedapnya bukan main!
Cara penyediaan
Buttermilk
- Campurkan susu full cream bersama cuka. Kacau perlahan dan biarkan selama 10 minit sehingga susu sedikit berketul. Ketepikan.
Doh
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan gula. Pukul sehingga sebati.
- Masukkan mentega sejuk yang dipotong kiub ke dalam campuran tepung.
- Gaul menggunakan hujung jari sehingga adunan menjadi crumble seperti serbuk roti.
- Tuangkan semua buttermilk ke dalam adunan. Kacau perlahan menggunakan spatula sehingga sebati. Jangan terlebih kacau.
- Scoop adunan menggunakan ice cream scoop ke atas loyang yang dilapik kertas pembakar
- Cairkan 50 g butter dalam periuk. kemudian sapukan butter cair ke atas permukaan doh.
- Bakar dalam oven pada suhu 230°C selama 12 minit atau sehingga permukaan biskut keperangan.
Glaze
- Dalam periuk yang sama (berisi baki butter cair), masukkan madu. Panaskan dengan api kecil sehingga glaze menjadi sedikit pekat.
- Sapukan honey glaze atas biskut yang siap dibakar dan sedia dihidang.
