Tak perlu ubi keledek, ini resipi kuah pasembur guna biskut Marie
KUAH pasembur sememangnya terkenal dengan gabungan rasa manis, masam dan pedas ditambah pula dengan tekstur pekat dan berkilat.
Penggunaan ubi keledek sebagai bahan utama memekatkan kuah dan rasa manis semula jadi.
Pun begitu, proses jika menggunakan ubi keledek memakan masa kerana ia perlu direbus, dikupas dan dilenyek terlebih dahulu.
Tak usah bimbang, ramai mula memilih jalan mudah membuat kuah pasembur yang tak kalah hebatnya iaitu menggunakan biskut marie sebagai alternatif.
Macam mana membuatnya? Jom ikut perkongsian resipi ini.

Bahan-bahan
- 1 paket biskut Marie
- 5 cawan air
- 2 sudu besar serbuk cili
- 1½ sudu besar air asam jawa
- ½ senduk gula merah
- ½ senduk gula putih / gula perang
- ¼ cawan kacang tanah tumbuk kasar
- Garam secukup rasa
- Sedikit pewarna merah/oren
MENARIK DIBACA: Teringat-ingat kuah pedas manis pasembur Penang, buat sendiri pun boleh!
MENARIK DIBACA: Lima 'street food' wajib serbu kalau ke Pulau Pinang
Cara penyediaan
- Rendam biskut Marie dengan air panas hingga lembut, kemudian hancurkan.
- Dalam periuk, masukkan air dan serbuk cili, masak hingga mendidih dan cili masak.
- Masukkan air asam jawa, gula merah, gula putih dan garam. Kacau hingga larut.
- Masukkan kacang tanah tumbuk, kacau sebati.
- Masukkan biskut Marie yang dihancurkan sedikit demi sedikit sambil kacau tanpa henti.
- Masak dengan api sederhana hingga kuah pekat, licin dan berkilat.
- Perasakan semula dengan garam atau gula mengikut citarasa.