KUALI | Nutrisi

Ada sebab atlet dan individu alergi kacang perlu elak minum air kelapa

Lead Image

AIR kelapa terkenal sebagai minuman semula jadi yang menyegarkan. 

Selain membantu menghidrasi badan, ia juga kaya dengan elektrolit seperti kalium, natrium dan magnesium.

Malah, air kelapa mengandungi antioksidan dan karbohidrat semula jadi yang boleh memberikan tenaga segera.

Namun, tidak semua orang sesuai minum air kelapa setiap hari kususnya bagi golongan berikut:

Air kelapa boleh mengakibatkan risiko komplikasi jantung jika diminum berlebihan.

1. Pesakit buah pinggang 

Air kelapa mengandungi kalium yang tinggi. Bagi pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD), ginjal mereka sukar menyingkirkan lebihan kalium.

Ini boleh menyebabkan hiperkalemia iaitu kadar kalium dalam darah terlalu tinggi, sehingga mengakibatkan keletihan, denyutan jantung tidak teratur sekali gus risiko komplikasi jantung.

Pengambilan berlebihan menyebabkan simptom serius.

2. Individu bertekanan darah rendah

Kandungan elektrolit dalam air kelapa secara semula jadi boleh menurunkan tekanan darah.

Jika diminum terlalu kerap, ia mungkin menyebabkan simptom seperti pening, pitam atau penglihatan kabur tertuma bila digabungkan dengan ubat.

Gula dalam kelapa berbahaya untuk penghidap kencing manis.

3. Penghidap diabetes

Walaupun semula jadi, air kelapa tetap mengandungi gula yang boleh meningkatkan kadar glukosa darah.

MENARIK DIBACA: Ikan panggang salsa mangga menu lengkap nutrisi, doktor pun saran untuk si manja 2 hingga 4 tahun

MENARIK DIBACA: Jangan dibuang! Serat putih pada buah oren banyak khasiat, boleh bantu kawal selera makan

Pesakit diabetes terutamanya yang mengambil insulin atau ubat perlu memantau bacaan gula selepas minum air kelapa.

Sebagai langkah berjaga-jaga boleh lakukan ujian alergi.

4. Individu alergi kacang

Kelapa boleh menjadi pencetus alergi bagi sesetengah orang yang mempunyai alahan kacang pokok (tree nut).

tindak balas ini dipercayai berpunca daripada cross-reactivity protein antara kelapa dan kacang tertentu.

Simptom termasuk ruam kulit, masalah pencernaan atau dalam kes jarang berlaku iaitu anafilaksis. Jika ragu, lakukan ujian alergi terlebih dahulu.

Air kelapa mempunyai kadar natrium yang rendah.

5. Atlet 

Air kelapa sesuai diminum selepas senaman ringan hingga sederhana, tetapi bagi atlet yang berpeluh banyak, ia mungkin kurang sesuai kerana kandungan natriumnya rendah.

Natrium penting untuk menggantikan garam mineral yang hilang. 

Kekurangan boleh menyebabkan kekejangan otot atau hiponatremia.

Kandungan natrium tambahan dalam air kelapa boleh menjejaskan diet.

6. Individu diet rendah natrium

Sesetengah jenama air kelapa komersial menambah natrium sebagai perasa atau pengawet.

Mereka yang mengamalkan diet rendah natrium kerana hipertensi, masalah jantung atau hati pastikan semak label terlebih dahulu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Bukan telur sebarangan ikan, khasiatnya juga cukup banyak... Sebab itu caviar mahal harganya!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Vitamin C, halia dan kurma: Kombinasi terbaik atasi masalah haid tak teratur

Terhangat