KUALI | Nutrisi

Bukan telur sebarangan ikan, khasiatnya juga cukup banyak... Sebab itu caviar mahal harganya!

Lead Image

TIDAK dinafikan, harga telur ikan beluga atau lebih dikenali sebagai caviar memang boleh buat orang sakit jantung.

Mana tidaknya satu bekas kecil boleh mencecah sehingga RM600, sedangkan isinya tak seberapa.

Menurut perkongsian @dr1share di TikTok, caviar datang dari spesies ikan purba yang sukar ditemui menyebabkan harganya melambung tinggi.

@dr1share berkongsi khasiat caviar di laman TikTok.

"Caviar ini bukan telur sebarangan ikan, tak macam telur ikan dalam kari yang kita biasa makan.

"Ia hanya boleh didapatkan daripada ikan keturunan sturgeon sahaja dan ia dianggap sebagai ‘living fossil’ sebab susah nak jumpa," jelasnya.

Walaupun harganya tak masuk akal, caviar sebenarnya kaya dengan nutrisi dan memberi pelbagai manfaat kesihatan.

MENARIK DIBACA: Kuningnya bertukar kehijauan, sukar dikupas... Ini 5 kesilapan biasa ketika merebus telur 

MENARIK DIBACA: Dah makan pun tiba-tiba rasa nak marah? Rupanya 5 makanan ini penyebab emosi berubah

"Ekstrak telur caviar ada sifat anti-penuaan. Boleh bantu untuk mengegangkan kulit berkedut.

"Kajian menunjukkan caviar mengandungi EPA dan DHA iaitu sejenis Omega-3 yang baik untuk kolestrol dan mengurangkan radang dalam badan," kongsinya.

Bagaimanapun caviar bukanlah satu-satunya sumber Omega-3.

Ikan beluga dikategorikan sebagai hidupan fosil.

Sebaliknya ada banyak lagi ikan lain yang kaya dengan khasiat sama tetapi mesra poket.

"Banyak lagi ikan yang tinggi dengan Omega-3 macam salmon, kembung, sardin dan tuna.

"Banyak manfaat untuk yang mampu, kalau tak mampu jangan marah atau iri hati tengok orang lain makan," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Ada sebab tak digalak minum air sejuk kalau batuk, benda manis pun kena elak kalau nak cepat sembuh

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Ada sebab atlet dan individu alergi kacang perlu elak minum air kelapa

Terhangat