KUALI | Nutrisi

Kuningnya bertukar kehijauan, sukar dikupas... Ini 5 kesilapan biasa ketika merebus telur 

Lead Image

TELUR rebus nampak mudah dimasak, tetapi hakikatnya ramai masih melakukan kesilapan kecil sehingga menjejaskan kualitinya.

Sama ada kuning telur jadi kehijauan, kulit retak, atau sukar dikupas — semua ini boleh dielakkan jika anda tahu caranya.

Teknik merebus yang betul bukan sahaja memberi hasil cantik, malah menjadikan telur lebih sedap dimakan dan tahan lebih lama jika disimpan.

Elakkan rebus telur terlalu lama.

Berikut lima kesilapan paling biasa ketika merebus telur dan cara mengatasinya:

1. Memasak terlalu lama 

Kesilapan biasa ialah merebus telur terlalu lama hingga kuningnya bertukar hijau.

Ini berlaku kerana sulfur dalam putih telur bergabung dengan besi pada kuning telur lalu menghasilkan sebatian berwarna hijau.

Merebus dalam air mendidih menyebabkan proses memasak tidak sekata.

2. Masukkan telur terus ke air mendidih

Menjatuhkan telur ke dalam air mendidih boleh menyebabkan masakan tidak sekata dan kulitnya retak.

Sebaik-baiknya, mula dengan air sejuk dan panaskan perlahan supaya telur masak sekata tanpa merosakkan kulit.

Guna kaedah rendam dalam air sejuk.

3. Tidak merendam dalam air sejuk

Selepas direbus, haba yang tertinggal menyebabkan telur menjadi terlebih masak.

MENARIK DIBACA: Jangan main beli jer, kenali jenis dan kod minyak masak

MENARIK DIBACA: Hampas kopi jangan dibuang, 'ubat' semula jadi halau nyamuk

Merendamnya segera dalam air sejuk atau air ais bukan saja menghentikan proses memasak, malah memudahkan kulit telur dikupas.

Telur yang disimpan beberapa hari lebih enak dari telur segar.

4. Guna telur segar

Telur segar memang lebih enak, tetapi kurang sesuai untuk direbus kerana kulitnya lebih sukar dikupas.

Untuk hasil telur rebus yang sempurna, gunakan telur yang sudah disimpan di dalam peti sejuk beberapa hari sebelumnya.

Cara penyimpanan penting memastikan hasil telur selepas direbus.

5. Salah cara penyimpanan

Elak simpan telur rebus di bahagian pintu peti sejuk kerana suhunya tidak stabil.

Sebaiknya, simpan di dalam peti sejuk utama. Telur rebus yang telah dikupas boleh dimakan dalam tempoh seminggu jika disimpan dengan betul.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Bukan semua elok dimakan mentah... 5 sayuran ini lagi berkhasiat selepas dimasak!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Nak cantik kena usaha sikit! Hanya 15 minit buat lulur guna susu mentega dan kulit oren

Terhangat