KUALI | Nutrisi

Bukan semua elok dimakan mentah... 5 sayuran ini lagi berkhasiat selepas dimasak!

Lead Image

RAMAI beranggapan merebus sayur-sayuran segar akan memusnahkan nutrien yang terdapat di dalamnya.

Sebenarnya andaian itu tidak sepenuhnya tepat memandangkan terdapat beberapa jenis sayur yang khasiatnya semakin meningkat selepas dimasak.

Ini kerana proses memasak membantu memecahkan struktur sel tumbuhan, sekali gus menjadikan nutrien lebih mudah diserap oleh badan.

Menurut pakar pemakanan Lauri Wright, berikut antara sayuran yang nutrien meningkat selepas dimasak.

Likopena pada tomato membantu mengurangkan risiko penyakit kronik.

1. Tomato

Memasak tomato menjadikan likopena, sejenis antioksidan penting, lebih mudah diserap badan.

Antara manfaat likopena ialah membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.

Sebaiknya, tumis atau bakar tomato dengan sedikit minyak zaitun untuk meningkatkan kadar penyerapan khasiatnya.

Masak lobak merah dengan minyak zaitun dapat mengekalkan khasiatnya.

2. Lobak merah

Mengukus atau memanggang lobak merah meningkatkan penyerapan beta-karotena, sejenis antioksidan yang ditukar tubuh kepada vitamin A.

Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan kulit.

Sebagai tip, masak lobak merah dengan minyak zaitun, ditambah serbuk jintan manis dan sedikit garam untuk rasa yang lebih enak dan berkhasiat.

Masak bayam dengan cepat dapat mengurangkan asid oksalik.

3. Bayam

Bayam mengandungi kalsium dan zat besi, namun kehadiran asid oksalik menyukarkan tubuh menyerap mineral tersebut.

Apabila dimasak, asid oksalik akan terurai, menjadikan mineral lebih mudah diserap.

MENARIK DIBACA: Jangan main beli jer, kenali jenis dan kod minyak masak

MENARIK DIBACA: Awas kalau suka minum air bergas, punca kepala cepat botak

Oleh itu, masak bayam dengan cepat untuk mengurangkan asid oksalik sambil meminimumkan kehilangan vitamin C.

Cendawan adalah sumber nutrien yang menyokong sistem imun.

4. Cendawan

Cendawan adalah sumber nutrien yang menyokong sistem imun. Khasiat ini menjadi lebih optimum apabila ia dimasak.

Haba meningkatkan ketersediaan beta-glukan (serat baik untuk imuniti) dan vitamin D, di samping memusnahkan mikroorganisma berbahaya.

Untuk kandungan antioksidan paling tinggi, cendawan sebaiknya dibakar atau dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Labu kaya dengan nuterien beta-karotena.

5. Labu

Ada pelbagai jenis labu, termasuk labu spageti atau skuasy musim sejuk.

Apabila dimasak, isinya terurai menjadi helai panjang menyerupai spageti.

Labu kaya dengan beta-karotena, dan memasaknya membantu tubuh menyerap nutrien ini dengan lebih baik.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Tak payah beli produk mahal! Daun ketumbar dan jintan manis boleh hilangkan mulut berbau

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kuningnya bertukar kehijauan, sukar dikupas... Ini 5 kesilapan biasa ketika merebus telur 

Terhangat