Awas kalau suka minum air bergas, punca kepala cepat botak
RAMBUT gugur atau masalah kebotakkan biasanya dikaitkan dengan faktor usia yang meningkat dan genetik.
Namun, kalau mula perasan rambut makin menipis pada usia muda, mungkin sudah tiba masanya untuk periksa semula corak pemakanan harian anda.
Kajian terbaru mendapati minuman berkarbonat yang kita selalu nikmati tu sebenarnya boleh menyumbang kepada masalah keguguran rambut kalau diambil terlalu kerap.
Menurut portal The Independent, penyelidik menekankan diet harian penting untul menjaga kesihatan rambut.

Misalnya, vitamin D dan zat besi membantu mengekalkan kekuatan folikel rambut agar tetap sihat.
Kandungan asid fosforik dalam dalam air berkabonat seperti cola boleh menganggu metabolism kalsium sekali gus menurunkan tahap vitamin D.
Tambahan pula, kafein yang tinggi boleh meningkatkan hormon kortisol — punca stres yang tidak baik untuk rambut.
Bukan itu sahaja, gula berlebihan dalam minuman tersebut dipercayai mengganggu peredaran darah dan mencetuskan keradangan sekali gus melemahkan folikel rambut.
MENARIK DIBACA: Jangan buang biskut lemau, ada cara nak rangupkan semula
MENARIK DIBACA: Berguling-guling menahan sakit gigi, boleh cuba kumur air kunyit
Menariknya, satu kajian dari China mendapati lelaki muda yang mingambil minuman manis setiap hari ada risiko tiga kali ganda lebih besar untuk botak berbanding mereka yang jarang sentuh.
Malah, individu yang minum lebih 3.5 liter soda seminggu (lebih kurang 11 tin) lebih mudah mengalami risiko rambut gugur, jadi nipis, lambat tumbuh dan hilang kilauan memang lebih tinggi.
Bagaimanapun masalah berkenaan tak semestinya berpunca daripada minuman sahaja.
Faktor genetik, hormon, kesihatan tubuh dan proses penuaan juga boleh menjadi penyebabnya.