KUALI | Nutrisi

Tak payah beli produk mahal! Daun ketumbar dan jintan manis boleh hilangkan mulut berbau

Lead Image

WALAUPUN dari luar kita nampak ceria dan yakin, kadang-kadang ada satu masalah kecil yang diam-diam mengganggu iaitu bau mulut.

Masalah ini memang biasa dan sesiapa saja boleh mengalaminya tanpa mengira usia atau gaya hidup.

Tapi walaupun nampak remeh, bau mulut sebenarnya boleh memberi kesan besar terhadap cara orang lain melihat dan berinteraksi dengan kita.

Daun ketumbar bukan sahaja sedap malah boleh dijadikan petua hilangkan bau mulut.

Sedikit bau yang kurang menyenangkan, keyakinan pun boleh merudum!

Berita baiknya, anda tak perlu bergantung 100 peratus pada produk mahal atau bahan kimia untuk atasi masalah ini.

MENARIK DIBACA:  Ambil tahu 6 istilah makanan Jepun ini serta maksudnya

MENARIK DIBACA:Rahsia waffle rangup di luar gebu di dalam tanpa bahan penaik

Dengan beberapa bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur sendiri, bau mulut boleh dikurangkan malah, hilang terus!

Kali ini, Kuali ingin kongsikan beberapa petua mudah dan berkesan yang bukan saja membantu menyegarkan nafas, tapi juga boleh buat anda rasa lebih yakin sepanjang hari.

Daun pudina juga dapat memberikan kesegaran nafas.

1. Daun pudina dan ketumbar

Daun pudina dan ketumbar bukan sahaja harum malah mengandungi sebatian yang mampu membunuh bakteria penyebab bau mulut. 

Kunyahan ringkas selepas makan atau pada bila-bila masa mampu memberikan rasa segar yang tahan lama.

Buah epal kaya dengan serat dan air membantu membersihkan gigi.

2. Buah epal

Buah epal kaya dengan serat dan air membantu membersihkan gigi secara semula jadi. 

Kesan geseran buah epal ketika mengunyah membantu menghilangkan bakteria dan sisa makanan di mulut yang menjadi punca bau.

Kacang yang dikunyah dapat merangsang air liur dan membantu melawan bakteria.

3. Kacang

Kacang seperti badam membantu merangsang pengeluaran air liur. 

Air liur yang cukup berfungsi membersihkan mulut dan mengurangkan pertumbuhan bakteria penyebab bau.

Kandungan minyak pati dalam jintan manis dapat membantu menyegarkan nafas.

4. Biji jintan manis

Biji jintan manis mengandungi minyak pati menyegarkan nafas dan membantu membunuh bakteria penyebab bau. 

Kunyahan biji jintan selepas makan juga membantu pencernaan.

Minuman teh hijau yang diambil secara kerap boleh membantu mengembalikan nafas segar.

5. Teh hijau tanpa gula

Teh hijau kaya dengan antioksidan yang mampu melawan bakteria dalam mulut. 

Minuman teh hijau tanpa gula secara berkala membantu mengekalkan kesegaran nafas.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Jangan dibuang! Serat putih pada buah oren banyak khasiat, boleh bantu kawal selera makan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Bukan semua elok dimakan mentah... 5 sayuran ini lagi berkhasiat selepas dimasak!

Terhangat