Jangan dibuang! Serat putih pada buah oren banyak khasiat, boleh bantu kawal selera makan
PERASAN tak setiap kali makan buah oren pasti ada banyak serat putih yang menyelaputi isi buahnya?
Biasanya ia dibuang kerana rasanya yang sedikit pahit serta mengganggu tekstur buah.
Namun, sebenarnya serat putih atau dikenali sebagai empulur menyimpan pelbagai manfaat kesihatan yang ramai tak tahu.

Apa Itu serat putih atau Empulur?
Menurut Reader's Digest, empulur merupakan jaringan pengikat pada buah yang membantu mengekalkan bentuk dan melindungi segmen isi buah.
Kita selalu anggap vitamin C hanya terdapat pada isi oren, tapi sebenarnya empulur juga kaya dengan vitamin C.
Jadi bila makan isi buah bersama empulurnya, ia dapat merangsang vitamin C yang lebih tinggi – bagus untuk imun badan dan kulit sihat.
MENARIK DIBACA: Nak cantik kena usaha sikit! Hanya 15 minit buat lulur guna susu mentega dan kulit oren
MENARIK DIBACA: Jangan buang biskut lemau, ada cara nak rangupkan semula
Selain vitamin C, empulur oren juga mengandungi serat makanan penting untuk sistem penghadaman.
Pakar pemakanan menyarankan sekitar 25 gram serat sehari untuk mengekalkan kelancaran sistem pencernaan.
Jadi, makan oren bersama empulurnya boleh bantu mengurangkan masalah sembelit, memberi rasa kenyang lebih lama dan menyokong kesihatan usus.
Disebabkan kandungan serat yang tinggi,boleh membantu mengawal selera makan dan menyokong usaha menurunkan berat badan.

Selepas ini, cuba kupas kulit oren perlahan-lahan supaya serabut putih tak tertanggal banyak sekiranya anda tak suka rasa pahit.
Alternatif lain, anda boleh jadikan oren bersama empulurnya sebagai jus segar.
Rasa pahit akan seimbang dengan kemanisan semula jadi buah, menjadikan jus lebih sedap dan penuh khasiat.