KUALI | Trending

'Hantu laksa' musykil kena pantang makan lepas bersalin... Ramai kongsi kesan 'derhaka', doktor beri penjelasan

Lead Image

DALAM kalangan rakyat Malaysia, memang ramai yang 'hantu laksa' lebih-lebih lagi laksa utara.

Namun bagi wanita baru bersalin, sajian enak ini sering 'takut' untuk disentuh kerana disenaraikan sebagai salah satu makanan yang perlu dielak untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.

Seorang wanita yang juga 'hantu laksa' musykil tentang sejauh mana kesan buruk jika laksa dimakan selepas bersalin.

Di laman Threads dia meminta pendapat mengenai bahan-bahan dalam mi atau kuah laksa sehingga wujudnya pantang larang tersebut.

"Saja nak bertanya sekadar ingin tahu, jangan kecam-kecam ye. Kenapa ye kalau orang lepas berpantang selalu dilarang makan laksa?

"Apa punca sebenarnya laksa tu tak boleh makan? Mi, kuah dia ke atau bahan-bahan dalam laksa tu? Boleh tolong jelaskan tak? Aku ni dah la hantu laksa," tulisnya.

Laksa biasanya antara yang termasuk dalam senarai makanan berpantang.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang berkongsi pengalaman sendiri selepas bersalin.

Ada yang menceritakan bahawa mereka telah melanggar pantang namun akhirnya mengalami sakit badan.

"Orang cakap (sebab) mi, saya 'hantu laksa' tak percaya juga sebenarnya. Tapi tiga bulan lepas bersalin saya makan laksa sepuasnya lepas tu rasa sakit badan.

"Sumpah tak percaya macam mana laksa boleh jadi sakit badan. Lepas tu makan lagi sekali, sakit lagi. Barulah percaya tak bagus makan laksa," tulis seorang pengguna.

MENARIK DIBACA: "Orang India tak boleh makan" - Netizen harmoni selesai 'isu' bubur lambuk, siap 'offer' tolong masak

MENARIK DIBACA: Aeon mohon maaf... Ambil maklum aduan lipas di rak makanan, dulang roti bau kepam

Dalam pada itu, ramai berpendapat 'larangan' tersebut berpunca daripada kuah laksa yang dimasak menggunakan beberapa jenis ikan.

"Kebanyakan orang akan cakap sebab kuah dia. Ikan yang guna tu mungkin tak sesuai dengan badan orang baru bersalin. Saya pun 'hantu laksa' tapi lepas bersalin terpaksa pantang laksa sekali selama setahun. Tapi bila sekali dapat makan nikmat dia lain macam!

"Ikan dia tinggi histamin (isi hitam), lepas tu selalu dipanaskan berulang kali. Proses tu boleh buat bakteria tukarkan histidin kepada histamin

"Dan juga faktor jenis ikan yang digunakan dan mungkin ikan hanyir atau tidak segar. Boleh jadi gatal-gatal dan mungkin boleh buat sakit perut, bukan untuk ibu saja tapi pada bayi menyusu," antara komen netizen.

Muat naik hantaran dan reaksi warga maya.

Selain kuah isi ikan, ada juga yang mengaitkan pantang ini dengan bahan lain seperti kantan dan daun kesum.

"Saya rasa bunga kantan. Tak tahulah atas badan masing-masing juga. Padahal masa ni dah tiga bulan lepas pantang, saya rasa sikit je mak ada masak asam pedas. Lepas tu macam nak mati rasa tersumbat angin kat ulu hati, badan habis berpeluh. Urut letak minyak panas baru OK.

"Kesum, bunga kantan (angin). Lepas tu dari mi laksa tu sendiri, masa mengandung pun saya tak berani makan laksa. Masa pantang nanti lagilah memang tak usik langsung 100 hari.

"Nurse saya dulu pernah beritahu sebab bunga kantan yang sifatnya berangin boleh menyebabkan bisa, perut rasa memulas, kembung dan sakit. Ramai cakap sebab mi tapi nurse saya cakap tak ada kena mengena dengan mi.

"Lebih kepada kuah dia sebab pelbagai bahan dalam tu dicampur yang bersifat berangin contohnya kesum, bunga kantan, timun, kacang panjang dan pedas berasid macam asam keping, nanas," kongsi netizen lagi

Antara pandangan warga maya di laman Threads.

Sementara itu, seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr. Hafiz Sulaiman turut berkongsi tentang kuah laksa yang diperbuat daripada ikan seperti kembung dan tongkol mengandungi tinggi histamin.

"Histamin boleh sebabkan loya, muntah dan simptom angin seperti sendawa, kentut, perut berbunyi serta cirit birit.

"Lebih lama kuah laksa ini, lebih tinggi kandungan bahan penyebab sensitif.

"Bagi mereka yang tiada masalah sistem pencernaan, bahan makanan tinggi histamin ini tiada masalah dimakan malah bermanfaat.

"Namun bagi mereka yang ada masalah sistem pencernaan seperti pesakit alahan, wanita awal mengandung dan selepas bersalin sebaiknya elakkan makanan tinggi sensitif ini," katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Lupakan trend Khairul Aming, kanak-kanak 'rare' ini lebih terliur tengok resipi komik 'legend' Lawak Kampus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Subway Malaysia rai petugas kesihatan sempena Ramadan, Aidilfitri

Terhangat