KUALI | Trending

Subway Malaysia rai petugas kesihatan sempena Ramadan, Aidilfitri

Lead Image

SEMPENA Ramadan dan Aidilfitri, Subway Malaysia melaksanakan inisiatif komuniti 'Rayakan Bersama' 2026 sebagai tanda penghargaan kepada wira barisan hadapan yang terus berbakti kepada masyarakat sepanjang musim perayaan.

Meneruskan usaha pada 2025 dengan memberi penghargaan buat petugas barisan hadapan menerusi pengagihan makanan, kempen itu diperluaskan dengan aktiviti lapangan di Hospital Kuala Lumpur pada tahun ini.

Sepanjang inisiatif itu, pasukan Subway turun padang untuk mengagihkan sendiri beg hidangan 'Rayakan Bersama' yang disediakan khas kepada petugas kesihatan sebagai tanda terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan mereka.

Pengarah Pemasaran, Subway Malaysia, Evelyn Lee (kanan) menyampaikan beg hidangan kepada petugas barisan hadapan.

Pengarah Pemasaran Subway Malaysia, Evelyn Lee berkata, melalui kempen itu pihaknya meraikan individu yang terus berkhidmat kepada komuniti ketika orang lain meraikan salah satu perayaan paling bermakna dalam setahun.

MENARIK DIBACA: "Nasi lemak hilang identiti tak pula siapa tegur" - Zhiddin Aziz kesal sajian warisan diabai, menu Barat dipertahan

MENARIK DIBACA: Food truck rakyat Malaysia kena serbu di NZ, nasi lemak bebas gluten kegemaran pelanggan

"Melihat impak positif di lapangan mengukuhkan keyakinan kami bahawa walau sekecil mana tanda penghargaan, ia mampu mewujudkan hubungan berkekalan,” katanya.

Pasukan Subway Malaysia turun padang menyerahkan beg hidangan khas ‘Rayakan Bersama’ di Hospital Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan.

Setiap beg hidangan mengandungi satu sandwic enam inci Subway, biskut Subway bersaiz satu kaki serta minuman dan nota peribadi, satu sentuhan kecil membawa mesej penghargaan dan pengiktirafan tulus ikhlas.

'Rayakan Bersama' mencerminkan komitmen berterusan Subway Malaysia terhadap penglibatan komuniti dan impak sosial.

Susulan pelaksanaan aktiviti itu, Subway Malaysia akan terus memperluaskan capaian kempen dengan berkongsi sorotan dan kisah penghargaan terhadap wira seharian di platform digitalnya, bagi memastikan dedikasi mereka terus diiktiraf walaupun selepas musim perayaan berakhir.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

'Hantu laksa' musykil kena pantang makan lepas bersalin... Ramai kongsi kesan 'derhaka', doktor beri penjelasan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Memasak pun boleh 'top up' pahala... Ini amalan, cara nak beribadah di dapur

Terhangat