KUALI | Nutrisi

Selain kurma, ini 5 makanan hitam kaya antioksidan

Lead Image

KURMA hitam seperti Ajwa sering menjadi pilihan ramai kerana dapat membekalkan tenaga segera untuk orang berpuasa.

Tapi jangan ingat kurma je hebat tau, sebenarnya ada banyak lagi makanan warna hitam yang 'power' dan penuh khasiat.

Kalau nak tahu, warna makanan biasanya ada kaitan dengan kandungan nutriennya seperti contoh sayur hijau yang memang sinonim dengan kesihatan.

Kurma hitam bekalkan tenaga segera ketika berpuasa.

Begitu juga dengan makanan gelap atau hitam yang ada pigmen dipanggil antosianin.

Antosianin ini kaya dengan antioksidan yang penting untuk melawan radikal bebas, jaga kulit, mata, dan keseluruhan kesihatan tubuh.

Jom kita semak 5 makanan hitam lain yang tak kalah hebatnya seperti kurma.

Zaitun hitam kaya dengan lemak tak tepu yang baik untuk jantung.

1. Buah zaitun hitam

Zaitun hitam ni bukan sekadar sedap dimakan dengan roti atau salad, ia turut kaya dengan lemak tak tepu yang baik untuk jantung.

Vitamin E dan polifenol dalam zaitun hitam juga membantu menjaga kesihatan arteri, mata, kulit, dan rambut.

Anggur hitam kaya untuk kesihatan mata.

2. Anggur hitam

Anggur hitam ini kecil tapi padu! Dia penuh dengan antioksidan macam resveratrol, lutein, dan zeaxanthin.

Resveratrol ni terkenal dengan manfaat untuk jantung, manakala lutein dan zeaxanthin penting untuk kesihatan mata.

Beri hitam tinggi antioksidan yang buatkan kulit lebih 'glowing'.

3. Beri hitam

Beri hitam manis, sedap, dan tinggi antioksidan yang buatkan kulit lebih 'glowing'. 

Kandungan dalam beri hitam boleh kurangkan radang dalam badan dan kuatkan sistem imun.

Pulut hitam lagi tinggi antioksidan daripada pulut biasa.

4. Pulut hitam / beras hitam

Beras hitam atau pulut hitam warna pekat dengan rasa kacang yang unik. Antioksidannya lebih tinggi daripada beras putih biasa.

Selain itu, ia kaya serat, lutein, dan zeaxanthin yang bagus untuk mata dan sistem pencernaan.

Serat dalam buah tin bantu lancarkan pencernaan.

5. Buah tin

Buah tin hitam ni manis semula jadi, lembut, dan memang sedap. Serat dalam buah tin bantu lancarkan pencernaan, manakala kandungan potasium jaga tekanan darah stabil.

Sesuai juga untuk diet sebab mengenyangkan tapi kalori tak tinggi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Ketahui 5 tanda anda sedang amal diet ekstrem, risiko berat naik mendadak lepas raya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Bakteria mudah membiak jika makanan anak terdedah lama, lelaki ini kongsi ‘rule of 3’ ramai ibu bapa tak tahu!

Terhangat