KUALI | Nutrisi

Ketahui 5 tanda anda sedang amal diet ekstrem, risiko berat naik mendadak lepas raya

Lead Image

BULAN puasa ni, ramai yang amalkan ‘diet ekstrem’ supaya kelihatan langsing ketika raya. 

Namun, tak ramai tahu risiko tersembunyi sehingga ada yang sanggup skip sahur atau hanya makan sedikit ketika berbuka, bimbang baju raya saiz XS, S atau M yang dibeli tak muat dipakai.

Perkongsian seorang pelajar perubatan, Akmal Hakim di Threads membuka mata masyarakat tentang kesan diet ekstrem semasa Ramadan. 

Menurut pembuat kek keto bertauliah itu, selain berisiko meningkatkan rintangan insulin, diet terlalu ketat juga boleh menjejaskan tenaga harian bahkan kesihatan secara keseluruhan.

Ini lima tanda diet terlampau ekstrem perlu diberi perhatian sebelum berat badan naik dua kali ganda selepas raya pertama atau kedua nanti!

1. Obses dengan makanan

Sepanjang Ramadan asyik fikir fasal makan sampai tak henti melayari konten berkaitan makanan tanpa henti. 

Keadaan kalori terlalu sikit dalam badan boleh membuatkan otak masuk ke mod 'bertahan' dan memaksa diri mencari tenaga. 

2. Memori semakin teruk

Sering lupa letak kunci di mana dan sukar untuk ingat perkara penting. Otak perlukan glukosa atau gula ringkas yang menjadi sumber tenaga utama untuk sel-sel dalam badan berfungsi.

Jika kurang makan, tenaga untuk kebolehan mengingati semula dan keupayaan ceri tumpuan akan berkurangan. 

Hilang daya tumpu boleh berlaku kerana badan kekurangan tenaga.

3. Emosi tak menentu

Keadaan emosi tak menentu boleh berlaku kerana gula dalam darah tidak stabil.

Jika kurang makan, keadaan itu boleh jejaskan hormon serotonin yang bertindak untuk membuatkan seseorang itu gembira. Keadaan perut kosong boleh buatkan kesabaran menjadi sifar. 

MENARIK DIBACA: Shafiq Cute layan isteri hamil bak permaisuri, siapkan aneka lauk 'frozen' untuk berbuka sepanjang Ramadan

MENARIK DIBACA: [V] Wanita ini makan probiotik 'diternak' sendiri, peram teh untuk dapatkan 'scoby'

4. Sentiasa cemas

Rasa cemas, susah nak relaks dan tidur tak lena boleh berlaku kerana badan sedang menghasilkan banyak kortisol iaitu hormon stres. 

Hormon berkenaan akan bertindak balas kerana badan kurang makan dan berada dalam keadaan bahaya akibat kebuluran.

Jadi badan akan rembes glukosa untuk menghasilkan tenaga sekali gus membuatkan berat badan sukar nak turun. 

Diet ekstrem ketika Ramadan boleh membuatkan seseorang itu sukar untuk membuat keputusan.

5. Susah buat keputusan 

Nak pilih lauk berbuka pun ambil masa 10 minit, jika pernah terasa sedemikian maka badan sedang berdepan dengan isu diet ekstrem. 

Membuat keputusan perlukan banyak tenaga otak dan kekurangan tenaga boleh buatkan otak menjadi perlahan.

Keadaan ini berlaku bukan kerana malas tapi otak semakin penat. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

5 makanan elak mengantuk, badan kekal 'fit'... Ibadat 10 malam akhir Ramadan lancar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Selain kurma, ini 5 makanan hitam kaya antioksidan

Terhangat