KUALI | Sihat

5 makanan elak mengantuk, badan kekal 'fit'... Ibadat 10 malam akhir Ramadan lancar

Lead Image

SEPULUH malam terkahir Ramadan adalah waktu yang cukup istmewa bagi umat Islam.

Mana tidaknya, pada malam-malam inilah ramai bersungguh-sungguh melakukan ibadah bagi mengejar pahala Lailatul Qadar.

Selalunya, mereka akan bangun pada dua pertiga malam untuk melakukan qiamullail, membaca al-Quran atau berzikir.

Di sebalik keterujaan menggandakan ibadah, ramai juga bergelut untuk kekal cergas dan bertenaga serta 'menahan mata' sepanjang malam.

Justeru pengambilan makanan yang betul penting untuk membantu membekalkan tenaga supaya ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan dapat dilakukan dengan khusyuk dan sempurna.

Berikut 5 makanan yang boleh diambil pada 10 malam terakhir Ramadan:-

Kurma mengandungi gula yang cepat diserap oleh tubuh.

1. Kurma

Kurma adalah makanan sunah yang sangat baik untuk tenaga segera kerana mengandungi gula semula jadi seperti glukosa dan fruktosa yang cepat diserap oleh tubuh.

Kandungan serat dan mineral seperti kalium membantu mengekalkan tenaga lebih lama.

Oat membantu badan kekal bertenaga lebih lama.

2. Oat

Oat adalah sumber karbohidrat kompleks yang melepaskan tenaga secara perlahan. 

Ini membantu badan kekal bertenaga lebih lama dan tidak cepat letih.

Pisang membantu mengurangkan keletihan.

3. Pisang

Pisang kaya dengan kalium, magnesium dan vitamin B yang membantu fungsi otot serta sistem saraf.

MENARIK DIBACA: Kejar pahala Lailatul Qadar, ustaz kata sediakan juadah berbuka pun ada ganjarannya!

MENARIK DIBACA: Ibu bapa sila sorok 3 makanan ini jika tak mahu 'sabotaj' puasa anak! Kalau simpan mesti terguna masa terdesak

Ia juga membantu mengurangkan keletihan dan sesuai dimakan selepas tarawih jika anda ingin terus berjaga malam.

Makan segenggam badam sebagai snek boleh membantu memberi tenaga.

4. Kacang badam

Badam mengandungi protein, lemak sihat dan magnesium yang membantu meningkatkan stamina.

Makan segenggam badam sebagai snek boleh membantu memberi tenaga tambahan tanpa membuatkan anda berasa terlalu kenyang.

Madu juga makanan sunnah yang banyak kebaikan kesihatan.

5. Madu

Madu merupakan satu lagi makanan sunah yang mampu membekalkan tenaga semula jadi yang sangat baik.

Boleh campurkan madu dalam minuman atau makan bersama roti selepas tarawih.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Sajian raya sedap belaka, 'rosak' diet! Cuba tip pemakanan ini, berat tak naik mendadak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Ketahui 5 tanda anda sedang amal diet ekstrem, risiko berat naik mendadak lepas raya

Terhangat