KUALI | Sihat

Sajian raya sedap belaka, 'rosak' diet! Cuba tip pemakanan ini, berat tak naik mendadak

Lead Image

MASUK sahaja bulan Syawal, ramai teruja menikmati pelbagai juadah selepas sebulan berpuasa. 

Dalam keterujaan beraya dari satu rumah ke satu rumah, ada juga yang lupa diri apabila dihidangkan dengan aneka kuih raya, minuman manis dan hidangan berlemak.

Pemilik studio gimnasium Muslimah, Arinah Mat Yusof berkongsi peringatan di Threads mengenai cara mengawal pemakanan ketika musim raya agar berat badan tidak naik mendadak.

Ramai mula leka tentang penjagaan makanan ketika raya.

Menurutnya, ramai individu berjaya menurunkan beberapa kilogram berat badan ketika berpuasa, namun tersilap langkah ketika raya menyebabkan berat naik mendadak.

"Puasa dah turun lima kilogram, raya nanti jangan silap makan naik enam kilogram pula ya. 

MENARIK DIBACA: Kejar pahala Lailatul Qadar, ustaz kata sediakan juadah berbuka pun ada ganjarannya!

MENARIK DIBACA: Ibu bapa sila sorok 3 makanan ini jika tak mahu 'sabotaj' puasa anak! Kalau simpan mesti terguna masa terdesak

"Ada beberapa tip perlu korang buat kalau nak elak berat badan naik mendadak," kongsinya. 

Katanya, untuk sarapan perlu mulakan dengan pengambilan protein dan fiber terlebih dahulu menerusi teknik 'food sequencing' atau urutan pemakanan. 

"Teknik ini membantu kawal lonjakan dalam badan. Insulin bertindak sebagai hormon yang bertanggungjawab menyimpan lemak. 

Gunakan sukatan suku suku separuh dalam perihal pengambilan makanan.

"Kemudian ikuti teknik sukatan suku-suku-separuh, Contoh laksa lemak, penuhkan dengan sayur terlebih dahulu, kemudian isi laksa, telur dan kuah. 

"Kalau boleh kurangkan atau elak kalori dari cecair juga air manis seperti oren, sirap dan sarsi," kongsinya lagi. 

Komen netizen.

Tegasnya, sempena musim perayaan ini lebih baik jika kurangkan pengambilan kuih raya di setiap rumah dikunjungi. 

"Raya mestilah ada kuih raya. Ikuti syarat hadkan dua hingga tiga biji sahaja setiap rumah. Kalau banyak sangat rumah nak pergi, pilih paling suka hanya satu atau dua biji. 

"Jangan cuba semua. Kuih raya 'kunci' korang cepat naik berat sebab satu biji kalori antara 50 hingga 80 kalori," katanya. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Takut kolesterol tinggi ketika musim raya? Boleh amalkan 5 jenis teh ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

5 makanan elak mengantuk, badan kekal 'fit'... Ibadat 10 malam akhir Ramadan lancar

Terhangat