KUALI | Nutrisi

Nak cantik kena usaha sikit! Hanya 15 minit buat lulur guna susu mentega dan kulit oren

Lead Image

SUSU mentega lama dikenali mampu memberikan kelegaan terhadap pelbagai masalah kulit. 

Daripada hiperpigmentasi, jerawat sehingga penuaan pramatang, minuman itu digunakan sebagai alternatif mudah mengatasi masalah berkaitan kecantikan.

Kehadiran asid alfa hidroksi semula jadi (AHA) di dalam susu mentega juga menjadikan bahan semula jadi ini sebagai salah satu bahan pilihan kegemaran dalam kebanyakan regim penjagaan kecantikan.

Rejim penjagaan kulit menggunakan susu mentega semakin mendapat perhatian.

Bahan ini membantu menyingkirkan sel kulit mati dan mencerahkan kulit, meningkatkan peredaran darah serta mencegah jerawat dengan menghapuskan lapisan atas kulit mati. 

Penggunaan susu mentega secara berkala dalam rutin penjagaan kulit anda juga boleh membantu mengurangkan parut sedia ada, sekaligus memberikan kulit yang licin, cerah dan bebas cela.

Jika anda ingin mengetahui kaedah regim penjagaan kulit menggunakan susu mentega, teruskan membaca untuk panduan lengkap.

MENARIK DIBACA: Terliur kalau tengok dalam K-drama, rupanya Jajangmyeon dan kimbap antara 6 makanan ikonik bukan asal Korea

MENARIK DIBACA: Telur dadar kedai Thai memang sedap lain macam, bancuhan bersama air soda dan kicap bukit rahsianya

Rangsang kulit berseri

Salah satu manfaat utama susu mentega adalah kemampuannya untuk menggalakkan kulit yang berseri dan sihat. 

Kandungan AHA membantu menanggalkan sel kulit mati, membersihkan liang pori dan merangsang pertumbuhan sel kulit baharu. 

Hasilnya kulit lebih cerah, halus, dan berseri secara semula jadi menjadikan bahan ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Buat sendiri bahan penjagaan kulit wajah.

Kulit kembali sihat bebas noda 

Mulakan dengan mencampur satu sudu besar susu mentega dengan sedikit madu dan beberapa titis perahan lemon. 

Sapukan pada wajah, biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam. 

Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk hasil optimum. 

Boleh juga jadikan susu mentega sebagai pelembap disapu pada kulit setiap malam sebelum waktu tidur. 

Sebaiknya, urut kulit wajah dalam gerakan membulat bagi meningkatkan darah dan mengurangkan kesan tanda hitam ketara.

Campuran serbuk kulit limau dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati.

Lulur semula jadi

Susu mentega juga boleh dijadikan sebagai lulur dengan mencampurkan satu sudu besar serbuk kulit oren ke dalam mangkuk untuk membentuk pes pekat. 

Sapu pada kulit wajah dan leher lalu dibiarkan selama 15 minit supaya pes kering. Gosok perlahan dengan gerakan membulat bantu penyingkiran sel kulit mati secara efektif.

Kandungan Vitamin C dalam kulit limau bertindak sebagai bahan anti oksida membantu mengembalikan kesegaran kulit.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kuningnya bertukar kehijauan, sukar dikupas... Ini 5 kesilapan biasa ketika merebus telur 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Daun betik muda dan air limau bahan semula jadi cegah masalah batu karang

Terhangat