KUALI | Video
Lepak moreh bersama Sharifah Shahirah, pusing satu Enjoy's Corner cari makanan sedap!
EPISOD Bazar Selebriti kali ini kita berkunjung ke lokasi yang menjadi port pelakon Sharifah Shahirah bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sepanjang bulan Ramadan ini, Shahirah atau Shiera berkata medan selera (food court), Enjoy Corner merupakan lokasi dia meluangkan masa untuk aktiviti moreh.
Medan selera yang terletak di Taman Desa Melawati, Kuala Lumpur ini mempunyai beberapa gerai yang menjual pelbagai aneka juadah serta hidangan tradisional dan moden.
Beroperasi dari waktu berbuka sehingga awal pagi, Enjoy Corner merupakan salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi oleh peminat makanan.
TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE KUALI