Keliru antara Americano, latte, espresso? Ini maksud 10 istilah kopi antarabangsa dan versi Malaysia
BUAT pencinta kopi, minuman ini bukan sekadar menghilangkan mengantuk mahupun peneman setia untuk memulakan hari.
Kopi sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri dari segi aroma, rasa, tekstur dan cara penyediaannya.
Tidak hairanlah minuman ini menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia dengan pelbagai variasi menarik untuk dicuba.
Kalau berkunjung ke kafe, anda mungkin sudah biasa mendengar nama seperti espresso, Americano, latte dan cappuccino yang setiap satunya mempunyai ramuan serta rasa berbeza meskipun menggunakan bahan sama iaitu biji kopi.

Di Malaysia pula, pilihan kopi lebih dekat dengan cita rasa tempatan seperti kopi O, kopi C, kopi tarik yang cukup sinonim dengan budaya minum kopi masyarakat kita.
Tapi pilihan kopi sebenarnya lebih daripada itu baik tempatan mahupun antarabangsa.
10 istilah popular kopi antarabangsa
1. Espresso ( Kopi pekat tanpa gula atau susu)
2. Americano (Merupakan kopi moden dengan campuran espresso dan air)
3. Latte (Campuran espresso bersama susu stim panas serta sedikit lapisan buih susu)

4. Cappuccino (Gabungan espresso, susu panas dan buih susu yang tebal)
5. Mocha (Menggabungkan espresso, coklat dan susu panas)
6. Macchiato (Espresso yang ditambah sedikit susu atau buih susu)
7. Flat white (Espresso dengan susu distim sehingga menghasilkan tekstur halus dan berkrim)
8. Affogato (Espresso panas yang dituang sebanyak satu ke dua skop aiskrim vanilla)
9. Cold brew (kopi direndam lama dalam air sejuk)
10. Long black (Campuran air panas bersama espresso)

Istilah popular kopi versi Malaysia
1. Kopi O (Menggunakan kopi hitam bersama gula)
2. Kopi O kosong (Kopi hitam tanpa gula)
3. Kopi C (Campuran kopi bersama susu cair dan gula)
4. Kopi susu (kopi yang dibancuh bersama susu pekat)
MENARIK DIBACA: Gardenia sahkan produk patuhi piawaian keselamatan makanan
MENARIK DIBACA:Rahsia sandwic telur kedai serbaneka sedap, tahan lama! Buat sendiri puas makan
5. Kopi tarik (kopi susu berbuih yang ditarik berulang kali)
6. Kopi cham (Gabungan kopi dan juga teh)
7. Kopi ais (Campuran kopi susu bersama ais)
8. Nescafe tarik (Kopi segera yang dicampur susu dan berbuih)

9. Kopi kampung (Campuran kopi, gula, susu pekat dan juga marjerin)
10. Kopi tongkat ali (Minuman kopi herba lelaki yang diekstrak dari tongkat ali)
11. Kopi durian (Kopi campur perisa durian)
12. White coffee Ipoh (Kopi panggang margerin bersama susu)
13. Kopi butter (Minuman kopi yang dicampur bersama butter)
14. Kopi arang (Kopi dibakar gaya tradisional menggunakan arang)
15. Kopi tenom (Kopi Sabah yang mempunyai aroma panggang kuat menggunakan kayu api)
16. Kopi santan (Kopi yang dicampur bersama santan kelapa)
17. Kopi nisan (Campuran kopi bersama air gula nira)
