info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Rangup, penuh telur! Ikan shisamo buat ramai terliur, tak sabar nak cuba

Lead Image

SELAIN ikan kembung dan sardin, ada satu lagi jenis ikan yang mungkin menarik perhatian penggemar makanan laut iaitu ikan shisamo yang popular dalam hidangan Jepun.

Ikan bersaiz kecil ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana bahagian dalamnya dipenuhi telur, menjadikan setiap gigitan lebih mengujakan, terutama bagi mereka yang gemar menikmati telur ikan.

Seorang wanita berkongsi pengalamannya menikmati ikan shisamo yang digoreng rangup menerusi satu hantaran di media sosial.

Ikan shisamo betina kerap dipasarkan kerana kaya dengan kandungan telur.

“Sepenuhnya telur ikan! Alhamdulillah sedap, boleh kunyah sampai tulang,” kongsinya di Threads.

Perkongsian ini mengundang perhatian warga maya yang ingin mengetahui cara memasak ikan berkenaan, terutama proses membersihkannya.

Menjawab pertanyaan pengguna media social di ruangan komen, wanita ini menjelaskan bahawa proses mencuci ikan shisamo tidak terlalu rumit kerana saiznya kecil.

MENARIK DIBACA: Kecoh deodoran haruman 'chicken nugget' di pasaran - "Ada orang akan bau ayam sepanjang hari"

MENARIK DIBACA: Banyak khasiat minum air rebusan daun kari, mampu rawat buasir dan cegah bau badan... Tambah halia lagi umphh!

“Buang insang dengan perut sahaja. Kecil je perutnya,” jelasnya.

Dia turut berkongsi cara memasak ikan berkenaan supaya menghasilkan tekstur rangup, iaitu dengan menggorengnya bersama sedikit tepung beras.

“Saya goreng campur tepung beras sikit nak bagi rangup. Sampai tulang rangup,” kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tertarik untuk mencuba ikan tersebut, malah ada yang mencadangkan cara memasak lain seperti membakarnya bersama sos teriyaki.

Perkongsian mengenai keenakan ikan dari Jepun, sashimo mendapat perhatian.

“Ikan ni sedap. Bakar dengan sos teriyaki sedap. 

“Ni ke ikan selalu tengok orang Jepun makan tu? Halus je nampak, rangup boleh gigit sekali kepala?

“Macam ikan sardin pula, cuma dalam penuh telur. Okay, nanti nak cuba.

“Sedap sangat! Nak carilah,” antara komen netizen. 

FAKTA: 

  • Kebanyakan ikan shisamo dijual di pasaran adalah betina 
  • Turut dikenali sebagai komiochi shisami, komiochi dalam bahasa Jepun maksudnya mengandungi telur
  • Ketika musim bertelur, perut ikan betina dipenuhi kantung telur 
  • Nelayan akan asingkan ikan betina untuk dijual 
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Keliru antara Americano, latte, espresso? Ini maksud 10 istilah kopi antarabangsa dan versi Malaysia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Beli barang harian di foodpanda diskaun sehingga 50 peratus! Mudah dan menjimatkan

Terhangat