info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Gardenia sahkan produk patuhi piawaian keselamatan makanan

Lead Image

GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan beberapa produk keluarannya yang tular dan menjadi perhatian pengguna mematuhi spesifikasi keselamatan makanan yang ditetapkan.

Gardenia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, pengesahan dibuat berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan oleh makmal bebas bertauliah.

Menurut syarikat pengeluar roti itu, keputusan ujian tersebut turut mengesahkan produk berkenaan memenuhi keperluan di bawah Akta Makanan 1983 serta peraturan-peraturan berkaitan.

Dalam perkembangan sama, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkaitan telah mengadakan pemeriksaan di fasiliti pengeluaran Gardenia pada 10 November lalu sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang dijalankan.

Pegawai KKM menjalankan pemeriksaan di fasiliti pengeluaran Gardenia pada 10 November lalu.

Gardenia berkata, pihaknya memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang pemeriksaan berkenaan manakala KKM berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) dan amalan keselamatan makanan yang dilaksanakan di fasiliti tersebut.

"Pada 10 November 2026, pegawai-pegawai daripada KKM, melalui PKD yang berkaitan telah mengadakan lawatan pemeriksaan ke fasiliti pengeluaran kami sebagai sebahagian daripada siasatan yang dijalankan.

"Kami telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses tersebut dan pihak KKM berpuas hati dengan SOP serta amalan keselamatan makanan yang dilaksanakan oleh pihak kami," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan pengguna yang mengaitkan pengambilan produk Gardenia dengan kemungkinan keracunan makanan sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Perkara itu turut mendapat perhatian pihak berkuasa yang menjalankan siasatan termasuk mengambil sampel produk terbabit untuk analisis makmal.

MENARIK DIBACA: KKM tunggu keputusan makmal sebelum periksa kilang Gardenia susulan aduan pengguna

MENARIK DIBACA: Banyak khasiat minum air rebusan daun kari, mampu rawat buasir dan cegah bau badan... Tambah halia lagi umphh!

Mengulas lanjut, Gardenia menegaskan keselamatan makanan, kualiti produk dan kesejahteraan pengguna sentiasa menjadi keutamaan syarikat.

"Kami ingin memberi jaminan bahawa keselamatan makanan, kualiti produk serta kesejahteraan pengguna sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami.

"Kami amat menghargai kesabaran, pemahaman serta kepercayaan berterusan yang diberikan oleh para pengguna, rakan niaga dan pihak berkuasa yang berkaitan," katanya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Makanan viral, asal dari luar negara jadi pilihan Gen Z! Nasi lemak, mi goreng tak masuk senarai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Tempah kek RM400 untuk ofis, wanita kecewa lihat hasilnya - "Berbaloi ke?"

Terhangat