Tempah kek RM400 untuk ofis, wanita kecewa lihat hasilnya - "Berbaloi ke?"
KEK yang ditempah untuk meraikan hari istimewa seseorang pasti diharapkan menjadi pelengkap kepada kesempurnaan majlis yang dianjurkan.
Malang nasib seorang wanita yang kurang berpuas hati dengan kek sambutan ulang tahun yang ditempah daripada seorang pembuat kek bagi pihak syarikatnya.
Menerusi satu hantaran di media sosial, dia mempersoalkan sama ada hasil kek berkenaan berbaloi dengan harga RM400 yang dibayar.

“Korang rasa berbaloi ke dengan harga RM400 dapat hasil macam ni?” soalnya sambil berkongsi gambar kek yang ditempah.
Di ruangan komen, wanita itu menjelaskan bahawa ini adalah pengalaman pertama dia menempah kek daripada 'baker' berkenaan.
Baker diminta menghasilkan kek menggunakan fondant mengikut contoh gambar yang diberikan.
"Sebelum ni kek saya order memang selalu repeat, cumanya nak minta dia buat fondant tapi seller tak berani nak ambil sebab tak berapa mahir, tu sebab cari orang lain.
"Katannya baker fondant mahal. Tak kisah mahal tapi hasilnya sangat tak memuaskan," kongsinya di Threads.
Dalam hantaran berasingan, wanita ini turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat menjatuhkan perniagaan pembuat kek berkenaan.
“Saya ni tak la kejam nak jatuhkan perniagaan orang, tapi dia sendiri minta viral. Dah viral, minta kita turunkan posting,” katanya.
MENARIK DIBACA: Nasi goreng Oreo, nampak sedap tapi ramai tak berani makan
MENARIK DIBACA: Rahsia masak nasi goreng 'Chinese style'... Tekstur cantik berderai, harum aroma 'wok hei'
Di ruangan komen, dia turut menegaskan bahawa harga tinggi bukanlah masalah utama sekiranya hasil diterima setimpal dengan bayaran.
“Mahal tak ada masalah, kalau dengan harga RM400 tu dia berikan hasil baik saya okay. Tapi hasil dia sangat tak memuaskan bagi saya,” katanya lagi.
Hantaran ini mencuri perhatian netizen dan rata-rata berpendapat kek ditempah agak mahal tidak setimpal dengan hasil.

“Mahal sangat tu, tak kemas pula tu.
“Ni mesti baker bidan terjun baru belajar nak cabar diri. Maaf cakap, saya pun tak mahir kek-kek 3D, 4D, 5D ni, tapi kalau benda tak boleh buat, saya terus beritahu siap-siap.
“Maaf awak, macam tak berbaloi. Mahal sangat,” antara komen netizen.
Bagi pelanggan, harga dibayar bukan isu utama sebaliknya hasil diterima perlu sepadan dengan bayaran lebih-lebih lagi apabila kek ditempah untuk meraikan hari istimewa pihak syarikat.
