info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Rahsia masak nasi goreng 'Chinese style'... Tekstur cantik berderai, harum aroma 'wok hei'

Lead Image

NAMPAK seperti hidangan mudah disediakan, tetapi untuk menghasilkan nasi goreng tekstur berderai, tak lembik dan mempunyai aroma tersendiri sebenarnya memerlukan teknik tertentu. 

Seorang individu berkongsi petua mengenai cara menghasilkan nasi goreng lebih sedap mengikut resipi keluarganya yang berbangsa Cina Muslim di China.

Kongsinya, cef di sana juga menggunakan teknik sama iaitu nasi digoreng menggunakan api besar sehingga butiran seolah-olah ‘menari’ atau 'melompat-lompat' di dalam kuali.

"Nasi digunakan pula sebaiknya betul-betul sejuk dan kering supaya tidak mudah melekat atau menjadi lembik ketika digoreng.

Wanita ini kongsikan petua memasak nasi goreng gaya Cina.

"Penggunaan minyak dan kicap juga tidak boleh terlalu banyak. Kuali perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum semua bahan digaul dengan pantas bagi menghasilkan aroma dikenali sebagai 'wok hei'," kongsinya di Threads. 

'Wok hei' dalam Kantonis bermaksud 'nafas/tenaga kuali' merujuk kepada aroma dan rasa khas yang terhasil apabila makanan dimasak dengan api kuat atau tinggi dalam kuali (wok).

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet yang turut berkongsi pengalaman serta teknik masing-masing ketika menyediakan nasi goreng.

MENARIK DIBACA: Pernah jadi makanan unik, netizen kongsi pengalaman makan telur penyu - “Macam hingus lembik”

MENARIK DIBACA: Ramai 'menekan-nekan' minta resipi, wanita kongsi cara buat sos ala Kewpie!

Ada yang menjelaskan bahawa perkara paling penting bukan sekadar menggunakan api besar, tetapi memastikan haba cukup tinggi supaya bahan cepat masak dan aroma makanan dapat dikekalkan.

"Dalam masakan Cina, nasi goreng telur juga sering dianggap sebagai antara hidangan mudah boleh menunjukkan kemahiran seseorang cef. Jika tekniknya tepat, nasi akan berderai dan mempunyai aroma yang menyelerakan.

Perkongsian netizen.

"Saya lakukan teknik sama. Lagi satu telur letak akhir sekali apabila nasi panas. Biar panas nasi matangkan telur. Kalau letak awal, tak sedap.

"Nasi disimpan semalaman pun tak apa, paling penting api cukup besar dan kuali panas untuk dapatkan 'wok hei'.

"Aroma 'wok hei' tu yang buat sedap," antara komen netizen.

Jadi, rahsia nasi goreng sedap bukan semata-mata pada banyaknya bahan atau perencah tetapi dengan memastikan kuali cukup panas, keadaan nasi dan teknik menggaul. 

 

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Serbuk bawang di dapur asyik keras, berketul... Rupanya tip penyelesaian sangat mudah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Ramai keliru pilih madu tulen, cuma perlu periksa logo khas sebelum beli

Terhangat