Ramai keliru pilih madu tulen, cuma perlu periksa logo khas sebelum beli
MADU lazimnya digunakan dalam masakan atau untuk tujuan kesihatan.
Bagaimanapun, pernahkah anda terfikir bagaimana hendak membezakan madu tulen dengan produk yang mungkin mempunyai campuran bahan lain?
Di Threads seorang wanita berkongsi mengenai tip membeli madu dengan memeriksa logo berlabel 'autentik' Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi hantaran tersebut, dia memberitahu tidak semua produk mempunyai logo berkenaan dan menyarankan pengguna supaya memeriksa label sebelum membeli madu.
"Korang, korang perasan tak? Tak semua madu ada logo autentik KKM ni.
"Kalau korang nampak logo auntentik ni dekat label madu terus 'grab' tau! Tu maksudnya KKM sendiri sahkan madu tu tulen. 'Brand' CED ada logo ni," kongsinya.
Dia turut mencadangkan supaya madu dijadikan stok simpanan di rumah sebagai persediaan sekiranya berdepan demam atau batuk.

"Kalau rumah tak pernah ada stok madu korang kena 'start' simpan satu. Demam/batuk datang, sekurang-kurangnya ada natural first aid," katanya.
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang berkongsi pengalaman dan pandangan masing-masing mengenai tip membeli madu.
"Thank you babe share pasal logo autentik ni. Lepas ni saya nak cari madu tak la fikir banyak kali campur banyak gula ke apa.
"Kat dapur saya ada lagi. Dah dua tahun buka belum crystallized lagi. Semut pun tak hurung," komen beberapa warganet.
Terdapat juga netizen yang mengingatkan bahawa istilah 'tulen' dan 'asli' perlu difahami dalam konteks penghasilan madu.
"Walaupun tulen ia bukan madu lebah asli atas pokok, ia madu lebah ternak. Ada beza madu lebah asli dengan ternak.
"Debunga yang lebah ambil tak pure, kena cari orang Asli panjat pokok kita tengok baru 'ngam' beli," komen netizen lagi.
Dalam satu hantaran lain, terdapat juga warga maya memuat naik info mengenai logo 'autentik' KKM pada produk madu.
MENARIK DIBACA: Buang toksin, kuatkan imunisasi tubuh... Ini 5 makanan 'power' bantu anda kekal sihat musim jerebu
MENARIK DIBACA: Pergi pasar raya, lelaki terkejut lihat harga buah dari Jepun! Persoal keistimewaan, siapa selalu beli
"Guys serius aku baru tahu tak semua madu boleh pakai logo 'autentik' KKM ni. Maksudnya dah lulus ujian makmal. Tulen 100 peratus. Tak ada campur gula/sirap.
"Aku pakai CED Pure Honey ni sebab nak bagi keluarga makan pun tak risau.
"Satu balang besar ni boleh tahan dua hingga tiga bulan. Tuang dalam air lemon/teh pun sedap," katanya.
Di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mengundang pandangan warganet terhadap penghasilan madu.
"Ada madu asli tapi cara ternakan kejam. Hanya ratu lebah dijaga. 'Pekerja lebah' hanya dipaksa minum air gula untuk buat madu.
"Ya betul hasilnya madu 100 peratus asli bukan dari nectar bunga. Dan jangka hayat 'lebah pekerja' pendek. Majoriti ini cara penghasilan madu murah di pasaran," dakwanya.