Masak bolognese, ramai silap teknik ketika sediakan tomato! Beri kesan besar pada rasa
RAMAI dalam kalangan kita menggemari hidangan barat, spageti bolognese.
Bagaimanapun di sebalik keenakannya, masih ada yang tidak mengetahui rahsia untuk menghasilkan kuah bolognese yang benar-benar lazat, pekat dan menepati cita rasa.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Ilham Lahm berkongsi petua selepas mencuba sendiri beberapa tip memasak kuah bolognese yang dikongsikan oleh netizen.
Menurutnya, rahsia utama untuk mendapatkan tekstur dan rasa kuah yang sempurna adalah tidak mengisar buah tomato tin.

"Aku baru belajar buat kuah bolognese paling sedap. Hari tu aku share pasal guna whole peeled tomato.
"Cef dekat Threads beritahu jangan blend tomato tu. Picit saja tomato tu satu-satu selepas itu asingkan bijinya.
"Biji itulah yang boleh membuatkan kuah rasa pahit. Memang renyah sikit tapi bila dah rasa perbezaan dia rasa macam berbaloi buat," katanya dalam hantaran tersebut.
MENARIK DIBACA: Kerap minum kopi berisiko lemahkan tulang, wanita berusia perlu waspada - Kajian
MENARIK DIBACA: Wanita ditegur sebab masak nasi, telur serentak - "Mak aku meninggal sebab salmonella"
Bukan itu sahaja, dia turut berkongsi satu lagi tip berguna buat mereka yang mahu memasak dan menyimpan kuah bolognese dalam kuantiti banyak.
Jelasnya, kuah bolognese sebenarnya boleh dibekukan dengan syarat ia mesti belum dimasukkan sebarang perasa.
"Lagi satu, kuah bolognese ni sebenarnya boleh frozen. Cuma jangan masukkan seasoning. Kalau korang ada lagi tip bolognese, kongsi dengan aku," tulisnya.

Di ruangan komen, perkongsian itu mendapat perhatian penggemar masakan tersebut apabila ramai tampil dengan pelbagai petua untuk memantapkan lagi rasanya.
"Guna susu juga tapi jangan dari awal. Agak-agak lagi 25 hingga 30 minit tu baru tuang sikit. Bila letak susu, daging cincang rasa lagi sedap dan lembut.
"Kuah keseluruhan pun seimbang dan sebati. Rasa tajam bawang dan celery hilang kalau ada dan rasa daripada segala stok pun lagi rounded, cubalah.
"Tapi jangan terlebih... sebab kita tak perlu tumpulkan white wine," kongsinya.
Malah ada yang turut menyarankan supaya kuah dimasak sehingga benar-benar pekat bagi menyerlahkan rasa daging.
"Buat bagi betul pekat rasa daging dan manis-manis sayur tumis tu. Warna jangan merah/oren terang dan jangan berkuah tomato. Jangan terlebih susu.
"Nak lagi sedap letak bay leaf," komen beberapa warganet.