info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Kerap minum kopi berisiko lemahkan tulang, wanita berusia perlu waspada - Kajian

Lead Image

KOPI dan teh antara minuman yang cukup sinonim dengan rutin harian manusia bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Sepanjang hari pasti ada yang mencari secawan kopi atau teh sama ada untuk memulakan rutin harian, menghilangkan mengantuk atau untuk bersantai mencari ketenangan.

Bagaimanapun bagi wanita berusia, pilihan minuman ini dikatakan memberi kesan terhadap kesihatan tulang dalam jangka panjang.

Itulah antara penemuan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrients pada 2025 yang meneliti hubungan antara pengambilan kopi dan teh dengan ketumpatan mineral tulang dalam kalangan wanita berusia.

Ramai menggemari kopi kerana rasanya yang tersendiri selain mampu membantu menghilangkan rasa mengantuk.

Kajian tersebut melibatkan 9,704 wanita berusia 65 tahun dan ke atas yang dipantau selama kira-kira 10 tahun.

Sepanjang tempoh kajian, penyelidik berulang kali merekodkan pengambilan kopi dan teh diambil oleh peserta, selain mengukur kekuatan mineral tulang di bahagian pinggul dan leher tulang paha.

Peminum teh ada sedikit kelebihan

Hasil kajian mendapati wanita yang minum teh mempunyai kekuatan tulang keseluruhan pada bahagian pinggul yang sedikit lebih tinggi berbanding mereka yang tidak minum teh.

Walaupun perbezaannya kecil ia didapati cukup ketara dari sudut statistik.

MENARIK DIBACA: Influencer sering buat 'content' makan ekstrem maut, sempat pesan kesihatan penting daripada wang

MENARIK DIBACA: Sajian istimewa di hati... Wanita kongsi cara buat nasi ulam, aroma harum sukar nak tolak

Penemuan itu memberi gambaran bahawa pengambilan teh mungkin mempunyai kaitan dengan keadaan tulang yang lebih baik dalam kalangan wanita berusia.

Bagaimanapun harus diiingatkan, penyelidik tidak mengatakan bahawa teh secara langsung boleh melindungi atau menguatkan tulang.

Wanita berusia cenderung mempunyai kekuatan tulang yang agak rapuh.

Kopi pula bagaimana?

Pengambilan secara sederhana iaitu sekitar dua hingga tiga cawan sehari tidak menunjukkan kaitan yang jelas dengan kemudaratan terhadap kekuatan tulang.

Bagaimanapun, keadaan berubah bagi mereka yang mengambil kopi dalam jumlah yang jauh lebih tinggi.

Wanita yang dilaporkan minum lebih dari lima cawan kopi sehari mempunyai kaitan dengan kekuatan mineral tulang lebih rendah.

Kesan tersebut juga kelihatan lebih ketara dalam kalangan wanita yang mempunyai pengambilan alkohol lebih tinggi sepanjang hayat mereka.

Bukan bermakna kopi terus 'merosakkan' tulang dengan adanya penemuan ini dan ia tidak bermaksud seseorang perlu terus berhenti minum kopi kerana bimbang tulang menjadi rapuh.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Air kelapa banyak khasiat, menyegarkan! Ketahui risiko jika minum berlebih-lebihan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Buah tinggi nutrisi, terbaharu khasiat kulit rambutan tarik perhatian kumpulan penyelidik

Terhangat