info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Air kelapa banyak khasiat, menyegarkan! Ketahui risiko jika minum berlebih-lebihan

Lead Image

AIR kelapa memang baik untuk kesihatan dan kaya dengan elektrolit, tetapi kalau diminum berlebihan ia boleh membawa kesan kurang baik kepada tubuh.

Menurut laporan Detik,com, di sebalik kesegaran air kelapa, terdapat beberapa mineral penting seperti kalium, natrium, magnesium dan fosforus yang membantu menyokong keseimbangan cecair serta elektrolit dalam badan.

Tidak hairanlah air kelapa sering menjadi pilihan ketika cuaca panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal kerana ia membantu menggantikan sebahagian cecair dan elektrolit yang hilang.

Air kelapa kaya dengan mineral penting seperti kalium, natrium, magnesium dan fosforus.

Bagaimanapun, pengambilannya tetap perlu dikawal mengikut keperluan tubuh kerana minum air kelapa dalam kuantiti banyak tidak semestinya lebih baik.

Setiap individu mempunyai keperluan cecair yang berbeza-beza seperti panduan berikut:

  • Dewasa: Minum sekitar 250-500ml atau satu hingga dua gelas sehari sudah memadai.
  • Kanak-kanak: Minum sekitar 100-200ml atau setengah hingga satu gelas sehari.

Jika kalium dalam air kelapa diambil berlebihan berpotensi meningkatkan risiko hyperkalemia terutama untuk individu dengan masalah buah pinggang, iaitu keadaan apabila paras kalium dalam darah menjadi terlalu tinggi.

MENARIK DIBACA: Kelapa tampuk merah dipercayai banyak kelebihan, baik untuk pesakit kanser jalani kemoterapi

MENARIK DIBACA: Ketahui fakta menarik kelapa, dari mana datangnya air dalam buah?

Apabila buah pinggang tidak dapat membuang lebihan kalium dengan baik, mineral tersebut boleh terkumpul dalam darah.

Antara gejala yang boleh berlaku termasuklah rasa sesak, keletihan, lemah otot, rasa mual dan kebas atau rasa berdenyut pada anggota badan. 

Dalam keadaan yang lebih serius, paras kalium yang terlalu tinggi juga boleh menjejaskan fungsi jantung.

Selain itu, pengambilan air kelapa dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa juga boleh menyebabkan perut terasa penuh, kembung atau tidak selesa bagi sesetengah individu.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Ramai tak makan, risau kolesterol tinggi! Realitinya udang banyak khasiat, manfaat kesihatan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Kerap minum kopi berisiko lemahkan tulang, wanita berusia perlu waspada - Kajian

Terhangat