info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ketahui fakta menarik kelapa, dari mana datangnya air dalam buah?

Lead Image

RAMAI beranggapan air kelapa mempunyai sedikit rasa rasa masin disebabkan pokoknya tumbuh tepi laut. 

Malah, ada juga yang percaya air di dalam buah kelapa datang terus daripada air laut atau air hujan.

Hakikatnya, tanggapan itu sama sekali tidak benar.

Air kelapa terhasil dari dalam buah itu sendiri ketika ia sedang membesar, bukannya masuk dari air laut atau air hujan.

Pokok kelapa 'memproses' cecair itu dengan menambah gula semula jadi, vitamin, mineral dan elektrolit. 

Prosesnya berlaku apabila pokok kelapa menyerap air bersama mineral dari tanah melalui akarnya. 

Air ini kemudian dihantar ke seluruh pokok menerusi saluran halus yang dipanggil xylem, termasuklah ke buah kelapa yang sedang membesar.

Apabila buah masih muda, bahagian tengahnya dipenuhi dengan cecair yang dikenali sebagai cecair endosperma. 

Inilah yang kita minum sebagai air kelapa dan ia sangat kaya dengan pelbagai nutrien.

MENARIK DIBACA: Tip simpan kelapa parut... Kekal segar berbulan-bulan, tak hilang rasa lemak

MENARIK DIBACA: Mudah sangat buat jeli kelapa muda... Lebih segar, terasa keaslian berbanding beli di kedai

Sepanjang buah membesar, pokok kelapa akan 'memproses' cecair itu dengan menambah gula semula jadi, vitamin, mineral dan elektrolit. 

Sebab itulah air kelapa mempunyai rasa manis dan menyegarkan walaupun tiada gula tambahan.

Satu lagi fakta menarik, isi kelapa sebenarnya terbentuk daripada air kelapa itu sendiri.

Semakin buah matang, sebahagian cecair endosperma akan bertukar menjadi lapisan isi putih yang semakin lama semakin tebal.

Sebab itulah kelapa muda biasanya mempunyai air yang banyak tetapi isinya nipis manakala buah yang sedikit tua mempunyai isi tebal dan air sedikit.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Makanan dihurung semut masih boleh dimakan? Ini penjelasan sudut Islam dan kesihatan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

'Overdose' durian risiko maut? Pesakit buah pinggang, diabetes dinasihat beringat makan 'raja buah'

Terhangat