info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Tip simpan kelapa parut... Kekal segar berbulan-bulan, tak hilang rasa lemak

Lead Image

KELAPA  parut merupakan antara bahan dapur penting yang sering digunakan dalam pelbagai masakan seperti gulai, rendang dan aneka kuih.

Malah, ramai beranggapan masakan tidak akan lengkap tanpa rasa lemak daripada santan atau kelapa parut.

Bagaimanapun, tidak semua masakan menggunakan kelapa parut dalam kuantiti banyak.

Disebabkan itu, ramai kaum ibu mencari cara terbaik untuk menyimpan kelapa parut supaya kekal segar dan tahan lebih lama.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita meminta orang ramai berkongsi petua menyimpan kelapa parut.

"Boleh share petua macam mana nak kelapa parut tahan lama dalam peti? Kita share ilmu dapur sama-sama. Terima kasih semua," tulisnya.

Ramai mencari cara terbaik untuk menyimpan kelapa parut supaya kekal segar dan tahan lebih lama.

Ruangan komen kemudian dihujani pelbagai perkongsian netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing.

Beberapa netizen berkongsi tip sama iaitu membahagikan kelapa parut kepada beberapa bungkusan kecil mengikut sukatan sekali masak sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.

"Saya simpan dalam plastik kecil-kecil agak untuk sekali masak. Simpan dalam freezer, tahan berbulan-bulan. Bila nak guna, kisar atau perah dengan air panas kemudian tapis jadi santan. Kalau nak guna kelapa parut, ambil dan kukus.

"Saya lepas parut kelapa 10 hingga 15 biji, saya agih-agihkan dalam plastik kecil atau zip lock bag untuk sekali guna. Susun elok dalam bekas dan simpan dalam freezer. Tahan berbulan-bulan. Bila nak guna kisar dengan air panas. Alhamdulillah, santannya masih fresh,” antara komen netizen.

Tak kurang juga yang menggunakan microwave untuk melembutkan semula kelapa parut sebelum diperah bagi mendapatkan santan.

MENARIK DIBACA: Lauk dibungkus ada 'isu', pelanggan sejuk hati cara Rembayung tangani masalah- "Terbaik dan next level"

MENARIK DIBACA: Penjelasan punca kejadian isi ayam bertukar hijau... Nampak geli tapi boleh dimakan!

"Saya beli kelapa parut bungkus sebiji-sebiji dan simpan dalam freezer. Bila nak guna, keluarkan sebungkus dan letak dalam mangkuk tahan panas kemudian panaskan dalam microwave.

“Sebiji kelapa ambil masa lebih kurang satu minit setengah untuk lembut. Selepas itu, gunakan air suam untuk kisar kelapa tersebut," kongsinya.

Dalam pada itu, ada beberapa netizen berpendapat kelapa parut lebih tahan lama jika dikukus terlebih dahulu sebelum dibekukan.

"Kukus dulu, kemudian simpan dalam freezer. Berbulan-bulan tahan.

"Kalau saya, kukus dulu dan letak sedikit garam. Lepas itu simpan dalam freezer, nanti bila nak guna blend saja kemudian tapis. Lagi terasa lemak.

"Pack ikut banyak mana nak guna untuk sekali masak kemudian bekukan. Bila nak masak, rendam dengan air panas, blend dan tapis,” kongsi lagi warganet.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Lada putih dalam botol cepat rosak, guna sekali dah keras! Rupanya 'salah' wap masakan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cara buat sendiri serbuk kunyit, makanan lebih enak, segar... Beza dengan beli di kedai!

Terhangat