info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Lada putih dalam botol cepat rosak, guna sekali dah keras! Rupanya 'salah' wap masakan

Lead Image

MESTI ramai pernah berdepan situasi apabila serbuk lada putih mengeras di dalam botol sedangkan ia baru beberapa kali digunakan dan kuantitinya masih banyak.

Seorang wanita turut berdepan situasi sama dan meluahkan rasa kecewa di Threads apabila melihat lada putih miliknya sudah keras walau baru digunakan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, wanita tersebut menunjukkan sebotol serbuk lada putih yang isinya masih penuh tetapi keras.

Sebaiknya serbuk lada putih disimpan di dalam peti sejuk.

"Rasa macam baru je buka, baru guna sekali dua. Dah keras kejung," tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berkongsi pengalaman sama serta tip untuk mengelakkan masalah sama berulang.

Menurut seorang pengguna, serbuk lada yang sudah terkena lembapan biasanya sukar untuk dipulihkan.

"Kalau dah kena angin macam tu memang tak dapat diselamatkan dah tu," katanya.

MENARIK DIBACA:Cawangan Murni Discovery terima notis KKM, diarah tutup 14 hari

MENARIK DIBACA:Pemuda OKU pendengaran jadi barista di kafe sendiri, hasilkan kopi istimewa di Silent Brew

Bagaimanapun ramai menjelaskan bahawa punca sebenar terjadinya masalah ini bukan sekadar kerana terkena angin, tetapi juga disebabkan terkena wap panas masakan.

"Jangan terus tuang masa masakan tengah panas dan mendidih. Wap itulah yang buat serbuk jadi keras.

"Kalau nak guna, tuang dulu pada senduk atau sudu, kemudian baru masukkan ke dalam masakan," ujar seorang netizen.

Jelasnya, apabila botol rempah dipegang betul-betul di atas periuk yang sedang mendidih, wap air akan naik memasuki lubang penutup botol.

Wap panas daripada masakan menjadi antara punca serbuk lada putih di dalam botol cepat mengeras.

Lembapan tersebut menyebabkan serbuk lada bergumpal dan akhirnya mengeras.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan supaya semua rempah disimpan di dalam peti sejuk bahagian 'chiller' bagi memanjangkan jangka hayatnya.

"Serbuk rempah kalau nak tahan, semua simpan peti chiller. Kalau jenis kiub rempah yang dah buka, letak dalam bekas tertutup.

"Kena letak dalam peti sejuk, Insya-Allah OK sampai titisan terakhir," kata netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Buat sendiri serbuk penyedap, 'confirm' sayang nak buang kulit bawang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tip simpan kelapa parut... Kekal segar berbulan-bulan, tak hilang rasa lemak

Terhangat