info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Buat sendiri serbuk penyedap, 'confirm' sayang nak buang kulit bawang

Lead Image

BIASANYA kita akan terus membuang sahaja kulit bawang Holland ke dalam tong sampah selepas mengambil 'isi'nya.

Siapa sangka sisa dapur yang dianggap tak berguna itu boleh diproses menjadi serbuk bawang (onion powder) 'homemade'.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, kulit bawang Holland dikeringkan dan dikisar halus sehingga menghasilkan tekstur hampir sama seperti serbuk bawang dijual di pasaran.

Serbuk bawang homemade sesuai digunakan sebagai penyedap dalam pelbagai hidangan.

Menurutnya, cara ini bukan sahaja menjimatkan, malah menghasilkan rempah serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

"Ingatkan memang terus masuk tong sampah... rupanya boleh jadikan 'onion powder homemade'.

"Basuh lepas tu keringkan kulit bawang sampai betul-betul rangup, kemudian kisar halus," tulisnya.

MENARIK DIBACA: Jangan buang, kurma kering boleh dijadikan pes ganti gula... Bancuh kopi pun sedap

MENARIK DIBACA: Cara buat stok cili kisar tak berair, tahan lama... Sambal cepat masak, sekejap je pecah minyak

Tambah wanita itu, serbuk bawang 'homemade' sesuai digunakan sebagai penyedap dalam pelbagai hidangan.

"Boleh tabur dalam ayam goreng, kentang, sup atau apa saja yang perlukan rasa bawang. Memang sayang kalau buang lepas ni," katanya.

Bagi mereka yang nak hasilkan di rumah, boleh cuba ikut langkah di bawah:-

  1. Kupas kulit bawang Holland dan kumpulkan dalam satu bekas yang bersih.
  2. Basuh serta rendam kulit bawang bagi menanggalkan habuk dan kotoran.
  3. Simpan air rendaman untuk dijadikan siraman baja kepada pokok.
  4. Susun kulit bawang di dalam dulang ketuhar dan bakar pada suhu paling rendah sehingga benar-benar kering dan rangup.
  5. Setelah kering, kisar kulit bawang sehingga menjadi serbuk halus.
  6. Simpan serbuk bawang di dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

[V] Bukan sekadar aksesori dapur! Besi kecil ini bantu tambah zat besi dalam makanan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Lada putih dalam botol cepat rosak, guna sekali dah keras! Rupanya 'salah' wap masakan

Terhangat