info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Sajian istimewa di hati... Wanita kongsi cara buat nasi ulam, aroma harum sukar nak tolak

Lead Image

KEBANYAKAN individu akan memilih nasi lemak sebagai pilihan utama untuk sarapan atau sebagai makanan kegemaran.

Bagaimanapun bagi seorang wanita, nasi ulam mempunyai tempat istimewa dalam dirinya sehingga dianggap ‘raja’ dalam segala sajian nasi.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu berpendapat nasi ulam wajar diberi perhatian sebagai salah satu hidangan menyelerakan.

“Take life slower and come eat nasi ulam. Skip nasi lemak, nasi ulam is the king," tulisnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang ingin mengetahui resipi nasi ulam yang disediakan olehnya.

Tidak lokek berkongsi ilmu, wanita itu kemudian menyenaraikan resipi yang digunakan termasuk pelbagai jenis ulam, rempah dan bahan-bahan yang memberikan aroma tersendiri kepada hidangan berkenaan.

Nasi ulam mempunyai aroma wangi yang mampu memikat selera.

Bahan-bahan

  • Daun kaduk
  • Daun kesum
  • Ulam raja (pilihan)
  • Daun pudina
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Kacang botol
  • Bunga kantan
  • Kerisik
  • Ikan masin
  • Ikan bilis
  • Udang kering
  • Lengkuas
  • Halia muda
  • Kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada putih
  • Nasi basmati

MENARIK DIBACA: Cara mudah simpan cili, sayur agar kekal segar... Lebih sebulan masih masih elok

MENARIK DIBACA: Wajah lebih berseri, parut pudar dan rambut berkilat lepas amal minum kolagen sisik ikan

Cara penyediaan

  1. Hiris halus semua ulam dan bahan yang diperlukan.
  2. Goreng ikan masin, ikan bilis dan udang kering sebelum ditumbuk.
  3. Campurkan bahan tumbuk bersama kerisik.
  4. Apabila nasi basmati sudah suam, masukkan semua ulam dan bahan tumbuk.
  5. Gaul sehingga sebati dan perasakan dengan garam serta serbuk lada putih mengikut cita rasa.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Masak sendiri ayam masak kicap kuah pekat, berkilat... Puas makan, tak payah beli di kedai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Urum enak dari Sarawak antara kuih tradisional paling senang nak buat

Terhangat