info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Cara mudah simpan cili, sayur agar kekal segar... Lebih sebulan masih masih elok

Lead Image

BAGI kebanyakan orang, cabaran utama menyimpan bahan masakan ialah sayur dan cili yang cepat rosak walaupun baru dibeli beberapa hari.

Seorang wanita mencuri perhatian ramai apabila berkongsi trik mudah menyimpan cili agar lebih tahan lama sehingga melebihi sebulan tanpa cepat berkulat atau kecut seperti kebiasaannya.

Menurut wanita dikenali sebagai Nurfatihah, cili yang sebelum ini disimpan menggunakan kaedah biasa hanya mampu bertahan beberapa hari sebelum berubah tekstur dan akhirnya rosak.

Selepas mencuba teknik tertentu, cili berkenaan didapati lebih tahan lama.

"Cili ni dah sebulan lebih, kalau dulu beli kejap ja dah berkulat atau kecut.

Cili perlu dibasuh, dibuang tangkai kemudian dikeringkan dan disimpan dalam peti sejuk. - Zetty Hayat

"Tipnya basuh dan buang batang kemudian keringkan simpan dalam peti. Done share, sekarang boleh kongsi tip nak bagi sayur lain tahan lama?" ujarnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai komen netizen yang tidak lokek berkongsi tip penyimpanan sayur supaya lebih tahan lama.

"Tip saya ialah daun bawang, daun sup basuh keringkan potong letak macam dalam gambar awak lapik tisu atas bawah, tahan sebulan.

MENARIK DIBACA: [V] Pemuda 'jual' nama 'A Jeo Ssi' buka restoran Korea, kimchi bukan sekadar 'banchan'

MENARIK DIBACA: Wajah lebih berseri, parut pudar dan rambut berkilat lepas amal minum kolagen sisik ikan

"Bawang-bawang jangan campur dengan kentang nanti bawang cepat busuk. Kalau masak setiap hari tak apa.

"Sayuran berdaun saya bungkus dengan napkin lembap (sawi, bayam, lobak merah). Kalau sayuran tu kering sembur air tahan dua minggu.

Antara komen di Threads.

"Cili kering kisar letak minyak bahagian atas tahan berbulan-berbulan.

"Kalau salad dah layu, rendam dengan air berais akan segar balik, sekian," kongsi waragnet.

Tak kurang juga segelintir netizen tertarik untuk berkongsi tip tambahan untuk halia, kunyit, lengkuas dan serai.

"Halia, kunyit, lengkuas, serai...semua cuci bersih dan simpan dalam telap (bekas lutsinar). 

"Isi air lebih skit dari paras bahan kemudian simpan dalam peti, seminggu sekali boleh tukar air," kongsinya.  

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Jangan salah pilih daun limau purut, pastikan bentuk '8' elak masakan jadi pahit

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tak perlu bahan mahal... Air garam jadi rahsia chicken chop, grill lebih juicy!

Terhangat