Urum enak dari Sarawak antara kuih tradisional paling senang nak buat
SARAWAK sememangnya mempunyai pelbagai juadah unik yang cukup menarik untuk dicuba.
Salah satu daripadanya adalah urum, kuih ringkas diperbuat daripada tepung pulut dan gula, namun menghasilkan tekstur kenyal di dalam serta garing keemasan di bahagian luar selepas digoreng.
Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang tidak rumit, urum boleh menjadi pilihan untuk minum petang atau kudapan seisi keluarga.
Lebih menarik, kuih ini turut boleh ditaburkan bijan untuk memberikan aroma serta rasa yang lebih sedap.
Jom cuba resipi urum yang mudah ini seperti yang dikongsikan laman Malaysia Food & Travel.

Bahan-bahan
- 2 cawan tepung pulut
- 1 cawan gula
- Air secukupnya
- Biji bijan (pilihan)
- Minyak masak
MENARIK DIBACA: Apam gula Melaka lembut dan gebu, senang nak buat! Kelapa kukus sempurnakan rasa
MENARIK DIBACA: Kek tapak kuda red velvet menggoda selera, resipi Kak Sue buat ramai terliur
Langah penyediaan
- Masukkan tepung pulut dan gula dalam sebuah mangkuk kemudian bancuh dengan air sercukupnya.
- Gaul bahan-bahan sehingga menjadi doh.
- Bentukkan adunan menjadi bentuk lonjong
- Goreng dengan api kecil sehingga bertukar warna perang keemasan.
- Taburkan biji bijan ikut cita rasa masing-masing.
- Siap untuk dihidangkan.