info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Apam gula Melaka lembut dan gebu, senang nak buat! Kelapa kukus sempurnakan rasa

Lead Image

BUAT penggemar kuih tradisional, apam gula Melaka sememangnya antara hidangan yang cukup menyelerakan untuk dinikmati pada bila-bila masa. 

Teksturnya yang lembut dan gebu, ditambah pula dengan rasa manis serta aroma gula Melaka, menjadikan kuih ini sukar untuk ditolak.

Lebih menarik, adunan asasnya hanya menggunakan tepung gandum, gula Melaka dan yis sebelum dikukus sehingga mengembang.

Untuk melengkapkan hidangan, apam gula Melaka ini boleh dinikmati bersama kelapa parut putih yang dikukus dan digaul dengan sedikit garam, menjadikan setiap gigitan terasa lebih enak, manis berlemak.

Ikuti langkah penyediaannya seperti di bawah.

Bahan asas yang digunakan iaitu tepung gandum, gula Melaka dan yis sebelum dikukus sehingga mengembang.

Bahan-bahan

  • 1 ketul gula Melaka
  • 3 cawan tepung gandum (diayak)
  • Kelapa parut putih (dikukus)
  • 1 paket yis
  • Garam
  • Minyak masak

MENARIK DIBACA: Dewan makan MRSM, Kolej Mara wajib guna bahan mentah usahawan bumiputera - Asyraf Wajdi

MENARIK DIBACA: Nikmatnya hirup teh bunga kertas, tambah lemon mampu segarkan tekak

Langkah penyediaan

  1. Larutkan gula Melaka bersama dua cawan air dalam periuk, masak guna api sederhana.
  2. Tuang larutan gula Melaka tadi ke dalam tepung yang telah diayak, kemudian gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan yis, gaul lagi sehingga semua adunan sebati. Biarkan selama satu jam atau sehingga adunan kembang.
  4. Sapu minyak pada acuan dan tuang adunan yang telah kembang.
  5. Sediakan pengukus lalu kukus selama 30 minit.
  6. Sediakan kepala parut yang sudah dikukus dan taburkan sedikit garam secukupnya.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Buat sendiri aiskrim yogurt nanas gebu dan menyegarkan! Tak sangka rasa premium

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Manis, lemak berkrim nikmat dimakan sejuk! Sukar nak tolak 'dessert' dadih sagu gula Melaka

Terhangat