info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Dewan makan MRSM, Kolej Mara wajib guna bahan mentah usahawan bumiputera - Asyraf Wajdi

Lead Image

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) memperkenalkan satu dasar baharu yang mewajibkan semua pengusaha dewan makan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kolej Mara mendapatkan bekalan bahan mentah daripada usahawan bumiputera.

Ketetapan itu melibatkan pelbagai keperluan dapur, termasuk bahan basah dan barangan runcit seperti ayam, ikan, kicap, sos serta bahan masakan lain.

Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dasar berkenaan telah diluluskan oleh Majlis Mara sebagai usaha memastikan peruntukan yang disalurkan agensi itu turut memberi manfaat secara langsung kepada ekosistem usahawan bumiputera.

Perkara itu diumumkan sendiri Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam media sosial.

“Majlis Mara lulus dasar baharu. Semua pengusaha dewan makan MRSM, Kolej Mara yang mendapat kontrak Mara, wajib utamakan barang mentah seperti ayam, ikan, kicap, sos dan lain-lain, hanya daripada usahawan bumiputera,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, Selasa.

Jelas beliau lagi, pengusaha dewan makan yang mendapat kontrak daripada Mara perlu mematuhi ketetapan tersebut.

Pendek kata, bukan sekadar kontraktor dewan makan yang perlu berstatus bumiputera, malah rantaian bekalan bahan mentah yang digunakan juga perlu melibatkan usahawan bumiputera.

MENARIK DIBACA: Anak beli mi goreng RM1 'ciput' macam 'tester', bapa cuma mampu doa peniaga dapat hidayah

MENARIK DIBACA: Cekodok ayam 'gluten free' tak sampai 10 minit dah licin, cecah sos memang layan

Langkah ini dilihat dapat membuka peluang pasaran yang lebih besar kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di bawah bimbingan Mara, terutama mereka yang terlibat dalam sektor pemprosesan makanan dan produk halal.

Langkah ini juga dijangka membantu memastikan peruntukan Mara terus berputar dalam ekosistem perniagaan bumiputera, sekali gus memberi ruang kepada lebih ramai usahawan tempatan mengembangkan perniagaan mereka.

Dalam pada itu, aspek kualiti makanan dan kebajikan pelajar turut menjadi perhatian Mara.

Bekalan bahan mentah melibatkan pelbagai barangan keperluan dapur, termasuk bahan basah dan barangan runcit.

Asyraf Wajdi sebelum ini kerap melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa dewan makan MRSM di seluruh negara susulan aduan berkaitan kualiti serta kes keracunan makanan.

Beliau turut memberi amaran bahawa kontraktor yang gagal mematuhi standard ditetapkan boleh dikenakan tindakan termasuk penamatan kontrak dan disenarai hitam.

Sebelum ini, media turut melaporkan aduan berkaitan kualiti makanan di dewan selera MRSM semakin berkurangan selepas tindakan lebih tegas diambil, termasuk usaha memecahkan kumpulan kartel yang didakwa menguasai kontrak makanan di institusi berkenaan.

Dengan dasar terbaharu ini, perhatian bukan sahaja diberikan kepada siapa yang mengendalikan dewan makan, tetapi juga dari mana bahan makanan yang digunakan itu diperoleh.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Cara unik makan buah dabai, 'superfood' dari Borneo! Sekali makan mesti teringat-ingat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Anak beli mi goreng RM1 'ciput' macam 'tester', bapa cuma mampu doa peniaga dapat hidayah

Terhangat