info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Cekodok ayam 'gluten free' tak sampai 10 minit dah licin, cecah sos memang layan

Lead Image

KALAU biasanya cekodok sinonim dengan pisang atau bilis, kali ini cuba pula versi menggunakan ayam.

Menariknya, resipi cekodok gluten free (bebas gluten) ini bukan sahaja mudah disediakan, malah menggunakan bahan yang ringkas dan berkhasiat.

Dikongsikan seorang pengguna Threads dikenali sebagai Hidaya Razali sajian kudapan ini menggunakan isi ayam daripada Bakers Cottage sebagai bahan utama.

“Maaf cakap, tak sampai 10 minit licin. Cecah sos memang layan. Anak-anak panggil 'nugget'," ujarnya.

Perkongsian di laman Threads.

Berikut dkongsikan resipinya:

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 2 senduk nasi
  • 1 biji telur
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Carrot
  • Bawang Holland
  • Garam & serbuk perasa
  • 2 sudu tepung jagung
  • 4 sudu tepung beras
  • Sedikit air

MENARIK DIBACA: [V] Udon tauhu berkrim bijan tinggi protein, sesuai jika mahu turun berat badan

MENARIK DIBACA: Asyik masak sambal, cuba buat terung sumbat pula! Mungkin jadi lauk kegemaran

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan sehingga hancur.
  2. Gaul adunan. Jika adunan sangat cair, seimbangkan dengan tepung beras dan tepung jagung sampai dapat tekstur yang kita mahukan.
  3. Kemudian goreng. Siap!

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Salad tomato budu somtam rangup dan enak... Cuma potong dan gaul, siap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Masak tak sampai 10 minit, sardin tumis daun leek sedap lain macam!

Terhangat