info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Salad tomato budu somtam rangup dan enak... Cuma potong dan gaul, siap!

Lead Image

KALAU nak makan sesuatu yang ringan, segar dan tak renyah penyediaannya, salad tomato adalah pilihan tepat. 

Menerusi resipi perkongsian @lylaurent.xx, sajian ini tak perlu dimasak serta tak guna banyak bahan, hanya perlu potong, gaul dan siap!

Gabungan tomato ceri, timun dan bawang merah memberikan rasa rangup dan segar, manakala budu somtam pula menambahkan rasa masin, masam dan sedikit umami. 

Resipi ini juga sesuai dijadikan sebagai pembuka selera atau dimakan bersama hidangan utama.

Perkongsian netizen di laman Threads.

Bahan-bahan 

  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji timun
  • Parsley atau daun ketumbar, dicincang
  • 10 biji tomato ceri
  • 1 sudu besar budu somtam
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar madu

MENARIK DIBACA: Resipi coleslaw salad paling ringkas, enak dimakan bersama ayam panggang

MENARIK DIBACA: Sarapan cepat tapi berkhasiat, cuba salad ayam teriyaki ringkas ini

Cara penyediaan

  1. Potong dadu kecil bawang merah, timun dan tomato ceri.
  2. Masukkan semua bahan yang telah dipotong ke dalam satu mangkuk.
  3. Tambahkan satu sudu besar budu somtam, satu sudu besar minyak zaitun dan satu sudu besar madu.
  4. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
  5. Taburkan parsley atau daun ketumbar yang telah dicincang.
  6. Gaul sekali lagi dan salad tomato sedia untuk dinikmati.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Buat sendiri jeli kesihatan guna lemon, kunyit dan halia... Snek enak, bantu kulit 'glowing'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Cekodok ayam 'gluten free' tak sampai 10 minit dah licin, cecah sos memang layan

Terhangat