info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Masak tak sampai 10 minit, sardin tumis daun leek sedap lain macam!

Lead Image

BOSAN dengan menu sardin yang dimasak dengan cara biasa? Apa kata cuba pula resipi sardin tumis daun leek yang cukup mudah disediakan, tetapi mempunyai rasa yang begitu lazat. 

Gabungan sardin bersama bawang dan daun leek menghasilkan hidangan ringkas yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau malam.

Lada putih pula memberikan aroma serta rasa sedikit pedas yang membuatkan hidangan ini lebih wangi dan membuka selera.

Istimewanya, daun leek yang dihiris bukan sahaja menambahkan warna pada hidangan, malah memberikan rasa dan tekstur tersendiri apabila ditumis bersama sardin.

Nak buatnya pun mudah, cuma 10 minit sahaja dah siap. Jom cuba resipi mudah ini di rumah!

Bahan yang digunakan juga mudah dan terlalu renyah.

Bahan-bahan

  • 1 tin sardin
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • 3-5 batang daun leek (dihiris kasar)
  • 1 sudu besar lada putih
  • Perasa
  • Minyak masak

MENARIK DIBACA: Masak lemak ketam paling senang, tapi teknik kena betul baru sedap!

MENARIK DIBACA: Beli ketam ketika bulan mengambang bukan sekadar mitos, isinya lebih padat dan manis

Langkah penyediaan

  1. Panaskan minyak lalu masukkan lada putih dan biarkan sehingga warna keperangan.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih lalu tumis sehingga naik bau.
  3. Tuang sardin dan masak selama lima minit.
  4. Masukkan bawang holland dan daun leek kemudian gaul sehingga rata. Pastikan ikan sardin tidak hancur ketika dikacau.
  5. Masukkan perasa dan tumis seketika.
  6. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Cekodok ayam 'gluten free' tak sampai 10 minit dah licin, cecah sos memang layan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

[V] Udon tauhu berkrim bijan tinggi protein, sesuai jika mahu turun berat badan

Terhangat