info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

[V] Udon tauhu berkrim bijan tinggi protein, sesuai jika mahu turun berat badan

Lead Image

SUSAH nak konsisten dengan pemakanan seimbang kerana selalu buntu memikirkan menu yang bukan sahaja enak, mengenyangkan, tetapi juga mudah disediakan.

Kalau ada sedang mencari idea hidangan tinggi protein, udon tauhu berkrim bijan boleh dimasukkan dalam senarai menu harian.

Resipi ini dikongsikan oleh pempengaruh masakan, Naufalhkme, yang menggunakan gabungan daging cincang dan tauhu lembut sebagai sumber protein, selain mi udon sebagai sumber karbohidrat.

Menariknya, hidangan ini menghasilkan kuah berkrim menggunakan tofu dikisar bersama sos bijan dan minyak bawang putih, tanpa perlu menggunakan krim masakan.

Bahan-bahan:

100g daging cincang

1 sudu besar kicap cair

1/4 sudu kecil garam

1/4 sudu kecil lada putih

150g tauhu lembut

1 sudu besar sos bijan

1 sudu kecil minyak bawang putih

1 pek mi udon

1/2 batang timun (dihiris)

MENARIK DIBACA: Abang kantin dipuji sedia makanan dengan penuh kasih sayang - "RMT paling cantik setakat ini"

MENARIK DIBACA: Wanita cetus 'kontroversi' lepas kongsi amalan gaul ayam kunyit guna tangan - "Saya pakai mesin basuh"

Langkah penyediaan:

Inti daging

  1. Masukkan daging cincang ke dalam kuali dan masak sehingga berubah warna.
  2. Tambahkan kicap cair, garam dan lada putih.
  3. Gaul sehingga sebati dan daging masak sempurna lalu ketepikan.

Tauhu lembut

  1. Masukkan tauhu lembut, sos bijan dan minyak bawang putih ke dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga menghasilkan tekstur yang halus dan berkrim.
  3. Perasakan kuah tauhu dengan sedikit garam dan lada putih mengikut cita rasa.

Udon

  1. Rebus udon mengikut arahan pada bungkusan sehingga lembut.
  2. Toskan dan ketepikan.
  3. Masukkan mi udon ke dalam mangkuk, kemudian curahkan kuah tauhu di atasnya.

Hidang

 

  1. Letakkan daging cincang  dimasak dan tambahkan hirisan timun sebagai pelengkap.
  2. Untuk memastikan timun kekal rangup, hiriskan timun dan rendam seketika dalam air ais sebelum digunakan. Siap untuk dinikmati.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Masak tak sampai 10 minit, sardin tumis daun leek sedap lain macam!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Sedapnya cecah ayam bakar, tak menyesal buat sos Greek yogurt ala Mediterranean

Terhangat