Sedapnya cecah ayam bakar, tak menyesal buat sos Greek yogurt ala Mediterranean
JEMU juga rasanya makan ayam bakar dengan sos cili, apa kata cuba pula buat pencecah ala Mediterranean berasaskan Greek yogurt.
Seorang pengguna Threads, Sophea Raudhah, berkongsi cara mudah menghasilkan sos ini yang bukan sahaja ringkas, malah sesuai dijadikan pelengkap rasa untuk pelbagai hidangan.
Menurutnya, resipi itu diperoleh selepas mendapat perkongsian daripada pengguna lain dan dia sendiri sudah mencubanya.
“Terima kasih kepada yang ajar buat Mediterranean Greek yogurt sos pencicah hari tu. Sedap! Saya approve,” kongsinya ringkas.
Sos berkenaan sesuai dinikmati bersama ayam bakar, salad, sayur-sayuran panggang atau hidangan berasaskan protein.
Rasa masam segar daripada jus lemon serta aroma bawang putih dan daun ketumbar turut memberikan kelainan kepada hidangan.

Bahan-bahan
- 1 cawan Greek yogurt asli
- 1 sudu besar minyak zaitun
- 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 sudu besar daun ketumbar (dihiris)
- 1/4 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
- 1/4 sudu kecil garam sudu teh garam
- 1 sudu besar jus lemon
MENARIK DIBACA: Abang kantin dipuji sedia makanan dengan penuh kasih sayang - "RMT paling cantik setakat ini"
MENARIK DIBACA: Wanita cetus 'kontroversi' lepas kongsi amalan gaul ayam kunyit guna tangan - "Saya pakai mesin basuh"
Langkah penyediaan
- Masukkan Greek yogurt ke dalam mangkuk.
- Campurkan bawang putih, daun ketumbar, lada hitam dan garam.
- Tuangkan minyak zaitun dan jus lemon.
- Gaul sehingga semua bahan sebati dan sos menjadi berkrim.
- Rasa dan laraskan garam atau jus lemon mengikut cita rasa.
- Simpan dalam peti sejuk selama 15 hingga 30 minit sebelum dihidangkan supaya rasanya lebih sebati.