KUALI | Tip & Trik

Beli ketam ketika bulan mengambang bukan sekadar mitos, isinya lebih padat dan manis

Lead Image

BUAT penggemar makanan laut, tak ada lebih menggembirakan daripada menikmati ketam segar penuh isi.

Tapi nak cari ketam segar dengan isi penuh bukan senang. Salah pilih boleh jadi dapat hidupan laut ini yang kosong atau lembik apabila dimasak. 

Nak dapat ketam yang sedap bukan sekadar nasib tapi ada teknik boleh diterapkan sebelum membelinya.

Sebelum ke pasar, ketahui 4 tip penting ini untuk memilih ketam berisi padat dan puas hati bila makan.

Jika mahukan ketam dengan isi banyak, cari yang bertelur.

1. Pilih ketam bertelur

Jika mahukan ketam dengan isi banyak, cari yang bertelur. Telur ketam biasanya mudah dikesan. 

Tekstur isi ketam bertelur atau ketam betina biasanya lebih padat selain dan manis dan enak jika dimasak lemak atau digoreng berempah. 

Beli ketam ketika bulan mengambang isinya lebih puas untuk dimakan.

2. Beli ketam ketika bulan mengambang

Ini petua nelayan masih menjadi ikutan tapi sebenarnya ada logik disebalik mitos. 

Ketika bulan penuh, arus laut jadi lebih kuat kerana tarikan graviti bulan. Keadaan ini membuatkan ketam lebih aktif mencari makanan dan menyesuaikan diri dengan perubahan air laut. 

MENARIK DIBACA: Sapu sikit minyak, rahsia kentang goreng rangup guna air fryer

MENARIK DIBACA: Papan pemotong pun ada jangka hayat! Ada sebab jangan guna jenis plastik lebih daripada

Ketam yang banyak makan akan memiliki tekstur isi padat dan penuh. Pada waktu ini, kulit ketam lebih keras dan tebal kerana ketam sedang berada di fasa matang. 

Jadi, menikmati ketam segar ketika bulan mengambang adalah tempoh paling tepat.

Ketam betina lebih banyak isi berbanding jantan.

3. Pilih ketam betina

Ketam betina secara semula jadi menyimpan lebih banyak tenaga dalam bentuk isi dan lemak untuk menyokong proses pembiakan dan penghasilan telur.

Jadi, sebelum dan semasa musim bertelur ketam betina isinya menjadi padat dan gemuk.

Cara untuk mengenali ketam betina ada dengan melihat bahagian bawah badannya. 

Penutup di bawah badan ketam betina berbentuk lebar dan bulat manakala ketam jantan pula lebih kecil dan tajam.

Salah satu cara paling mudah nak tahu ketam berisi atau tidak adalah menggunakan teknik timbang tangan.

4. Timbang dengan tangan

Salah satu cara paling mudah nak tahu ketam berisi atau tidak adalah menggunakan teknik timbang tangan. 

Caranya senang, pegang dua ekor ketam yang saiznya lebih kurang sama kemudian bandingkan beratnya.

Kalau salah satu terasa lebih berat, itu tandanya isi ketam lebih padat dan penuh. 

Ketam ringan selalunya baharu selesai fasa tukar kulit. Dalam tempoh ini, cengkerang ketam masih keras tetapi isi masih kosong.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Rendam dalam air limau nipis cara mudah kupas kulit udang, jari pun tak sakit!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Selain pisang dan nanas, buah-buahan ini lagi sedap kalau dipanggang

Terhangat