info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Buat sendiri aiskrim yogurt nanas gebu dan menyegarkan! Tak sangka rasa premium

Lead Image

BILA cuaca panas, memang nikmat kalau dapat makan aiskrim yang sejuk dan menyegarkan.

Tak perlu beli di kedai, rupanya aiskrim yogurt nanas boleh dibuat sendiri di rumah dengan bahan yang ringkas dan cara penyediaan yang cukup mudah. 

Kombinasi rasa manis masam nanas, Greek yogurt yang berkrim serta madu menghasilkan pencuci mulut yang bukan sahaja lembut, malah seakan-akan aiskrim premium.

Paling menarik, resipi ini hanya memerlukan beberapa bahan sahaja dan sesuai dinikmati seisi keluarga.

Nanas yang telah dibekukan dikisar bersama Greek yogurt, madu dan asen vanila sehingga halus.

Bahan-bahan

  • 1 biji nanas (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk Greek yogurt
  • 1 mangkuk kecil madu
  • 1 penutup kecil esen vanila
  • Daun pudina (hiasan)

MENARIK DIBACA: Sampai ralit menyedut sumsum dibuatnya, ini lokasi rahsia di KL jual sup tulang merah Singapura

MENARIK DIBACA: Guna resipi turun temurun, rahsia kedai Sate Padang Pak Saf penuh pelanggan

Langkah penyediaan

  1. Potong nanas menjadi potongan kecil lalu simpan dalam peti sejuk (freezer) sehingga beku selama beberapa jam.
  2. Masukkan nanas yang telah dibekukan tadi ke dalam pengisar bersama Greek yogurt, madu dan esen vanila lalu kisar sehingga halus.
  3. Tuang bahan yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk lalu simpan di dalam peti sejuk sehingga beku selama semalaman.
  4. Sedia untuk dinikmati sebagai pemanis mulut.
  5. Hasilnya, anda akan mendapat aiskrim yogurt dengan rasa nanas yang lembut dengan rasa premium.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Susu pekat manis 'homemade' sedap, berlemak... Lebih enak dari beli di kedai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Apam gula Melaka lembut dan gebu, senang nak buat! Kelapa kukus sempurnakan rasa

Terhangat