info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Manis, lemak berkrim nikmat dimakan sejuk! Sukar nak tolak 'dessert' dadih sagu gula Melaka

Lead Image

KALAU anda gemarkan pencuci mulut yang lembut, manis dan mempunyai tekstur sedikit kenyal, resipi dadih sagu gula Melaka ini memang wajib dicuba. 

Menggabungkan sagu bersama dadih berkrim dan gula Melaka, sajian ini menyerlahkan nikmat rasa manis serta aroma daun pandan yang cukup menggoda.

Gabungan tekstur sagu yang kenyal, dadih yang lembut dan kuah gula Melaka yang manis menjadikan pencuci mulut ini sesuai dinikmati sejuk, terutama selepas makan tengah hari atau sebagai hidangan minum petang.

Jika anda sedang mencari idea pencuci mulut menarik tetapi tidak terlalu rumit untuk dibuat, apa kata cuba resipi dadih sagu gula Melaka hasil perkongsian Ain Natasha di Threads.

Dadih sagu gula Melaka sangat enak ketika dimakan sejuk. - Foto Ain Natasha/Threads

Bahan-bahan

  • 1 cawan sagu
  • 5 cawan serbuk dadih
  • 5 ketul gula melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 2 penutup kecil pewarna makanan
  • 10 cawan air

MENARIK DIBACA: Masak tak sampai 10 minit, sardin tumis daun leek sedap lain macam!

MENARIK DIBACA: Ramai ugut boikot, penjual 'jacket potato' mohon maaf usir peniaga buka gerai di lokasi sama

Langkah penyediaan

  1. Rebus sagu dalam air mendidih selama 10 minit atau sehingga sagu menjadi jernih, kemudian tutup api dan biarkan selama 10 minit.
  2. Apabila sagu mula sejuk, tapis di bawah air paip mengalir kemudian ketepikan.
  3. Tuang serbuk dadih dalam periuk, lalu masukkan air dan masak sehingga dadih larut.
  4. Masukkan pewarna makanan ke dalam sagu kemudian kacau sehingga rata.
  5. Isi sagu dalam bekas sesuai lalu tuangkan adunan dadih dan ketepikan
  6. Hiris ketulan gula Melaka, masak bersama satu cawan air dengan api sederhana.
  7. Masukkan sehelai daun pandan, kacau sehingga larut.
  8. Tuang gula Melaka yang dilarutkan tadi ke dalam bekas sagu.
  9. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Apam gula Melaka lembut dan gebu, senang nak buat! Kelapa kukus sempurnakan rasa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Buat roti 'polo toast' guna air fryer, 'topping' manis rangup bikin ketagih

Terhangat