info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Masak sendiri ayam masak kicap kuah pekat, berkilat... Puas makan, tak payah beli di kedai

Lead Image

AYAM masak kicap antara lauk yang mudah disediakan, malah sedap dimakan bersama nasi putih.

Jika selama ini ayam masak kicap dimasak di rumah rasanya biasa-biasa sahaja, mungkin anda boleh cuba buat menggunakan resipi yang menghasilkan versi kuah lebih pekat, likat dan berkilat serta enak seperti dijual di kedai makan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pengguna berkongsi resipi Ayam Masak Kicap ala 3 Budak Gemok yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya sekitar Lembah Klang.

“Ini versi kuah wajib pekat melekat dan gelap. Resipi pun senang,” kongsinya.

Bagi yang tercari-cari idea lauk untuk makan tengah hari atau malam, resipi ini boleh dicuba kerana bahan-bahannya juga tidak terlalu rumit.

Bahan digunakan untuk memasak ayam masak kicap ini juga sangat mudah.

Bahan kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 inci halia

MENARIK DIBACA: Apam gula Melaka lembut dan gebu, senang nak buat! Kelapa kukus sempurnakan rasa

MENARIK DIBACA: Kek tapak kuda red velvet menggoda selera, resipi Kak Sue buat ramai terliur

Bahan lain

  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Kicap pekat secukupnya
  • Kicap lemak manis secukupnya
  • Sos tiram secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Ayam yang sudah digoreng

Langkah Penyediaan

  1. Tumis bahan kisar
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari serta serai yang sudah diketuk.
  3. Masak sehingga bahan tumisan naik bau dan layu.
  4. Kemudian, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan sos tiram mengikut sukatan yang sesuai dengan jumlah ayam.
  5. Tambahkan sedikit serbuk perasa jika diperlukan.
  6. Teruskan memasak sambil dikacau sehingga campuran kicap menjadi pekat, gelap dan sedikit garing.
  7. Setelah kuah mencapai kepekatan diingini, masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu.
  8. Gaul sehingga semua bahagian ayam disaluti kuah kicap dengan sempurna.
  9. Sedia untuk dihidangkan.  
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

"Kalah kari mamak" - Cuma tambah yogurt, tak sangka suami puji melambung

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Sajian istimewa di hati... Wanita kongsi cara buat nasi ulam, aroma harum sukar nak tolak

Terhangat