info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ramai geli makan bahagian hitam isi ikan, ini khasiatnya ramai tak tahu

Lead Image

PERASAN tak kalau makan ikan tongkol atau cencaru, terdapat bahagian berwarna hitam di tengah isi ikan.

Teksturnya hampir sama seperti isi ikan biasa, tetapi lebih padat dan mempunyai rasa sedikit pahit yang mungkin kurang disukai ramai.

Menerusi hantaran seorang pengguna Threads, dia mengakui sukar menelan bahagian hitam berkenaan kerana rasanya dianggap aneh.

Perkongsian di laman Threads.

"Ada geng ke? Makan ikan cencaru tapi tak makan tengah yang hitam tu. Pernah cuba tapi rasa 'dia' pelik," katanya.

Hantaran itu mencuri perhatian ramai apabila rata-rata netizen turut mempunyai pendapat yang sama dan mengakui bahagian tersebut kurang digemari.

"Sama, tak suka sebab bagi saya rasa 'dia' macam darah pahit sikit.

MENARIK DIBACA: 6 jenis ikan tempatan ini khasiatnya setara salmon, jangan pandang rendah!

MENARIK DIBACA: Tip ikan beku lembut dalam masa 15 minit, tak perlu keluarkan awal dari peti ais

"Mana-mana ikan yang ada tengah hitam memang automatik buang," antara komen netizen.

Bagaimanapun, ada juga individu yang mempunyai pandangan berbeza apabila menyifatkan bahagian hitam itu sebagai antara bahagian paling sedap ketika menikmati ikan.

"Tak geng, sebab saya makan ikan jaket ni sebab hitam tu je. Sedap!" ujar pengguna lain.

Komen netizen di laman Threads.

Untuk info, bahagian hitam pada isi ikan dikenali sebagai otot gelap (dark muscle) atau 'bloodline' yang biasanya terletak di sepanjang sisi badan ikan, berhampiran garis lateral.

Bahagian ini mengandungi mioglobin pada kepekatan tinggi, iaitu protein yang membantu menyimpan oksigen dalam otot dan memberikan warna lebih gelap berbanding isi ikan biasa.

Otot gelap lazimnya terdapat pada ikan yang aktif berenang seperti tuna, tongkol, kembung, tenggiri dan cencaru.

Menariknya, bahagian ini turut membekalkan beberapa nutrien penting kepada tubuh, termasuk zat besi, vitamin B12 dan asid lemak omega-3, bergantung pada spesies ikan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Ayam cemani tak hanya unik pada warna, tapi juga khasiatnya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Ayam gepuk lebih nikmat dengan bayam goreng! Ramai sedang 'top up' kalori, kolesterol

Terhangat